Serangan Perancis: 4 Kanak-Kanak Termasuk Bayi 22 Bulan Cedera Ditikam Lelaki Bersenjata Pisau [Video]

Dunia sekali lagi dikejutkan dengan satu insiden serangan di Eropah yang melibatkan golongan kanak-kanak sebagai mangsa.

Dalam satu serangan pada pagi semalam (8 Jun), seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau didapati secara tiba-tiba menyerang kanak-kanak di kawasan taman permainan di Annecy, Perancis.

Bayi berusia 22 bulan antara mangsa ditikam

Menurut Independent, seramai empat orang kanak-kanak lingkungan 22 bulan hingga 3 tahun serta dua orang dewasa mengalami kecederaan parah dalam insiden terbabit.

Difahamkan, salah seorang mangsa merupakan bayi perempuan daripada Britain yang melancong ke sana bersama keluarganya.

Video serangan tular di media sosial

Video serangan tersebut turut tular di media sosial yang menyaksikan para ibu menjerit sebagai cubaan melindungi anak mereka daripada suspek terbabit.

Berdasarkan video tersebut, jelas kelihatan suspek tersebut berniat menyerang kanak-kanak di taman permainan itu selain bertindak menikam seorang bayi yang berada di atas kereta sorong bayi (stroller).

Suspek kemudiannya melarikan diri dengan melompat pagar ketika salah seorang lelaki cuba menghalangnya daripada terus menyerang kanak-kanak di sana.

Pihak polis yang menerima laporan mengenai kejadian kemudian bergegas ke lokasi sebelum berjaya menahan suspek.

Suspek warga Syria berusia 31 tahun pemegang status pelarian di Sweden

Memetik BBC pula, pihak polis mengesahkan suspek merupakan seorang lelaki berusia 31 tahun warga Syria yang memegang status pelarian di Sweden.

Ahli Parlimen wilayah itu, Antoine Armand menyifatkan serangan itu sebagai ‘keji’ dan pihak berkuasa masih menyiasat insiden serangan itu.

Perdana Menteri Perancis dan Menteri Dalam Negeri lawat lokasi kejadian

Dalam pada itu, Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne dan Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin telah melawat ke tempat kejadian.

Suspek turut dilaporkan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau psikiatri, kata Borne dalam satu sidang media.

Menurut pihak polis pula, suspek yang memegang status pelarian di Sweden telah datang ke Perancis baru-baru ini tanpa membawa isteri dan seorang anak perempuan berusia 3 tahun.

Suspek seorang Kristian Syria gagal memohon status pelarian di Perancis

Suspek dipercayai gagal memohon status sebagai pelarian di Perancis selain mengatakan dirinya sebagai seorang Kristian Syria.

Maklumat terkini mendapati kesemua mangsa kanak-kanak yang ditikam berada di dalam keadaan stabil di sebuah hospital, lapor BBC.

Untuk info, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Perancis kerap berdepan insiden serangan bersenjata pisau yang melibatkan lelaki muda secara bersendirian.

Setakat ini, kebanyakan ahli politik berhati-hati dalam membuat kesimpulan mengenai insiden yang berlaku, meskipun tidak dapat mengelak bahawa serangan itu akan menjadi perdebatan hebat berhubung imigrasi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

11 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

11 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

11 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

13 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

14 hours ago