Sejak akhir-akhir ini, banyak kes dera yang melibatkan kanak-kanak dilaporkan di media sosial.
Baru-baru ini, tular video dan gambar seorang kanak-kanak perempuan yang berumur setahun 11 bulan mengalami kecederaan dan kesan-kesan lebam akibat didera oleh teman lelaki ibunya.
Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang pada Rabu (7 Jun).
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, DSP Saralathan Duraisamy mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.05 petang pada hari yang sama.
Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai dipukul hanya kerana membuat bising. Ibunya dikatakan sudah cuba menghalang teman lelakinya namun tidak berdaya.
Menurut Saralathan, bayi itu mengalami kecederaan di bahagian belakang badan, bengkak di bibir serta lebam pada kedua-dua mata.
Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
Terbaharu, polis telah menahan suspek yang berusia 31 tahun di sebuah flat di Jinjang pada 8 Jun dan penahanan ini disahkan oleh Saralathan.
“Siasatan kini dijalankan oleh Bahagian Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Kuala Lumpur akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya memetik dari Bernama.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. Sekiranya individu, ibu bapa atau penjaga yang didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Semalam, kes penderaan kanak-kanak ini tular di media sosial apabila penyanyi Caprice menerusi akaun IG miliknya membuat satu hantaran video berhubung kejadian ini.
Menerusi hantaran tersebut, Caprice memohon bantuan orang ramai untuk menghebahkan perkara ini bagi tujuan membantu polis untuk menangkap suspek yang masih bebas sebelum tangkapan dibuat pada malam tadi.
Untuk info, pelaporan kes penderaan kanak-kanak boleh dilaporkan melalui salah satu cara berikut;
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Didera Bapa Tiri, Kepala Dihentak & Usus Pecah
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Kanak-Kanak Autisme Didera, Pengasuh Warga Asing Ditahan Polis
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…