Cinta Tak Kenal Usia, Pemuda Pilih Warga Emas Sebagai Pasangan Hidup Meskipun Jarak Umur 34 Tahun [Video]

Cinta merupakan sebuah emosi yang terbentuk dari tiga perasaan iaitu perhatian, kasih sayang, dan keintiman.

Apabila mencintai seseorang, pastinya kita menerima pasangan kita seadanya dan menolak tepi setiap kekurangan atau perbezaan yang ada.

Berkenalan Di TikTok, Pilih Wanita Berusia

Begitu juga yang terjadi dengan pasangan ini. Kerana cinta, jarak umur 34 tahun tidak menghalang seorang pemuda yang berasal dari Sabah untuk memilih wanita berusia 62 tahun sebagai pasangan hidupnya.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @mohammadaminrokiahfamli, bibit perkenalan dia dan pasangannya bermula di aplikasi itu.

Mula berkenalan pada 21 Oktober 2021, dan Mohammad Amin Jumdail, 28 tahun, mengambil keputusan terbang ke Semenanjung untuk bertemu pasangannya, Rokiah Samat buat pertama kali.

Setelah beberapa bulan berkenalan, pemuda berkenaan membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada Jun 2022 sebelum diijabkabulkan pada September 2022.

Difahamkan, ketika majlis pernikahan, wanita kelahiran negeri Kelantan itu telah pun mempunyai 11 orang anak, 22 cucu dan seorang cicit.

Video berkenaan yang telah dikongsikan di TikTok, bukan sahaja mendapat lebih 2 juta tontonan, malah mengundang pelbagai reaksi dari netizen.

Rata-ratanya mengucapkan tahniah di atas perkahwinan mereka dan turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama di ruangan komen mengenai jarak umur pasangan masing-masing.

Berikut antara komen netizen:

Jodoh Dari Allah

Saya 32 Tahun, Suami Saya 56 Tahun, Umur Tak Kisah Janji Bahagia

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

14 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago