PDRM Dapatkan Bantuan Interpol, Jejak Identiti & Lokasi Jocelyn Chia

Sejak minggu lalu, isu pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia yang menghina Malaysia dan menjadikan tragedi MH370 sebagai bahan lawak masih lagi hangat diperkatakan sehingga kini.

Rata-rata warganet menganggap lawaknya itu keterlaluan dan melampaui batas. Malah, pada Sabtu (10 Jun) lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail turut menyifatkan tindakan dan perbuatan pelawak itu sebagai biadap.

Baca Artikel Berkaitan: Pelawak ‘Stand Up’ Komedi Singapura Kutuk Malaysia, Jadikan Tragedi MH370 Bahan Lawak

PDRM Mohon Bantuan Interpol Jejak Identiti & Lokasi Terkini Jocelyn Chia

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan bantuan dari Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi mendapatkan maklumat penuh identiti dan lokasi terkini pelawak berkenaan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, permohonan itu akan dibuat pada esok bagi tujuan siasatan lanjut.

PDRM Siasat Akaun Media Sosial & Buat Salinan Transkrip Ucapan Pelawak

Tambah beliau lagi, bagi proses siasatan lanjut ke atas akaun media sosial pelawak berkenaan, polis turut memohon bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) bagi proses siasatan itu.

“Selain itu, PDRM juga telah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam video klip berkenaan,” ujar beliau lagi.

Menurut beliau, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 504/505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Sekiranya didapati bersalah, mana-mana individu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan di bawah Seksyen 504/505 (c) Kanun Keseksaaan.

Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tindakan pelawak komedi berdiri yang menjadikan Malaysia dan tragedi MH370 sebagai bahan lawak mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

Malah, tindakannya itu menyebabkan kerajaan Singapura memohon maaf kepada Malaysia atas tindakan biadap pelawak berkenaan.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menon mendakwa Chia kini bukan lagi warganegara Singapura.

Baca Artikel Berkaitan: Saya Tak Berdendam Dengan Malaysia, Kata Jocelyn Chia

Baca Artikel Berkaitan: Jadikan MH370 Bahan Jenaka, Singapura Mohon Maaf Dedah Pelawak Jocelyn Chia Bukan Lagi Warganegara

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

6 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

6 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

7 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

7 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

8 hours ago