Penunggang Ducati Maut Terjatuh Dari Lebuhraya SUKE Gara-Gara Elak Motosikal Lawan Arus [Video]

Hari ini (14 Jun), tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan kemalangan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang melanggar penghadang jalan di Lebuhraya SUKE berhampiran Ulu Klang.

Lebih menyayat hati, penunggang motosikal dipercayai jenis Ducati Panigale itu terpelanting sebelum jatuh dari jejambat lebuh raya berkenaan.

Punca kemalangan akibat penunggang motosikal lawan arus

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, kelihatan punca kejadian berlaku akibat daripada seorang penunggang motosikal yang melawan arus.

Menerusi perkongsian video di laman Twitter akaun @HazeriSamsuri, penunggang motosikal kapcai yang tidak bertanggungjawab itu dilihat memasuki laluan susur keluar lebuh raya berkenaan.

Hampir bertembung, rider Ducati terpaksa elak sebelum terbabas

Bagaimanapun, ketika berada di sebuah selekoh, kelihatan dia hampir bertembung dengan penunggang Superbike itu yang datang dari arah hadapan menyebabkan mangsa terpaksa mengelak sebelum terbabas melanggar penghadang jalan.

Rempuhan yang kuat menyebabkan mangsa tercampak jatuh daripada lebuhraya itu dan meninggal dunia ditempat kejadian.

Kejadian berlaku pada waktu tengahari Rabu (14 Jun)

Menurut Berita Harian, insiden tersebut berlaku pada sekitar jam 1.05 tengahari hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat selepas memperoleh hasil siasatan daripada Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (DSPT) Daerah Ampang Jaya.

Netizen kecam teruk tindakan penunggang lawan arus

Perkongsian video tular berkenaan meraih perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna Twitter mengecam keras penunggang motosikal yang melawan arus itu.

Sementara

Berikut adalah reaksi netizen:

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

2 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

6 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

6 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

7 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

7 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

7 hours ago