Kos sara hidup merujuk kepada jumlah wang atau perbelanjaan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan asas individu antaranya seperti makanan, tempat tinggal, pengangkutan dan penjagaan kesihatan.
Kos ini kebiasaannya berbeza mengikut kawasan. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti demografi, ekonomi dan juga faktor sosial lain. Namun, ia juga bergantung kepada gaya hidup dan juga keperluan individu terbabit.
Berdasarkan Laporan Panduan Perbelanjaanku 2022/2023 yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 13 Jun, Alor Setar menjadi bandar dengan kos sara hidup yang paling rendah bagi setiap isi rumah di Malaysia.
Bagi individu bujang yang menggunakan pengangkutan awam, kos sara hidup sebulan di ibu negeri Kedah itu hanya berjumlah RM1,530.
Manakala, bagi pasangan berkahwin tanpa anak, Alor Setar turut menjadi bandar yang ideal untuk diduduki oleh setiap pasangan memandangkan kos sara hidup hanya RM3,680.
Panduan itu juga menunjukkan kos sara hidup bagi individu bujang dan pasangan berkahwin di Lembah Klang meningkat berbanding yang dilaporkan dalam laporan Belanjawanku pada tahun 2019.
Kos hidup bagi individu bujang menunjukkan peningkatan sebanyak RM60 menjadi RM1,930 berbanding RM1,870 pada tahun 2019.
Manakala, kos sara hidup bagi pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak meningkat menjadi RM4,630 berbanding RM4,420 yang direkodkan dalam laporan tahun 2019.
Bagi suami isteri yang mempunyai dua orang anak, kos yang diperlukan untuk hidup di Lembah Klang adalah sebanyak RM6,890 sebulan berbanding RM6,620 pada 2019 dengan peningkatan sebanyak RM270 bagi tempoh empat tahun.
Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh KWSP itu, Lembah Klang menjadi bandar yang mempunyai kos sara hidup paling tinggi, diikuti dengan Georgetown, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor.
Untuk info, Panduan Belanjawanku untuk Individu dan Keluarga 2022/2023 merupakan hasil kerjasama di antara KWSP dengan Pusat Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya.
Mula diperkenalkan pada tahun 2019 bagi penduduk Lembah Klang, panduan ini kemudiannya diperluaskan kepada 12 bandar utama di seluruh negara.
Ia membantu orang ramai dengan memperincikan perbelanjaan minimum mengikut isi rumah (bujang, keluarga atau warga emas) serta menyediakan cadangan perbelanjaan dan simpanan bagi individu.
Baca Artikel Berkaitan: Potong Gaji Menteri Tak Selesaikan Isu Peningkatan Kos Sara Hidup – Mahdzir Khalid
Baca Artikel Berkaitan: Ingin Kurangkan Beban Kos Rakyat, Lotus’s Malaysia Sertai Program RAHMAH
Jelas Haliza, Money merupakan kucing pertama yang dijemput oleh Louis Vuitton bagi meraikan hari jadi…
Aida turut berharap momen menari bersama-sama di atas pentas itu akan menjadi kenangan paling manis…
Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling…
Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika…
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.