Polis JSJK Kongsi Cara Elak Ditipu ‘Scammer’ Hantar Kad Kahwin Digital [Video]

Sejak dahulu lagi, pelbagai taktik yang digunakan oleh sindiket penipuan atau ‘scammer’ dalam talian untuk memperdaya dan mencuri wang orang ramai di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Selain menipu dengan taktik menang baucar, mereka juga sering membuat panggilan dengan menyamar sebagai pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga dari pihak syarikat kurier.

Mangsa pula terdiri daripada pelbagai peringkat umur terutamanya golongan remaja dan warga emas yang mana rata-rata termakan dengan tipu helah scammer ini sehingga ada yang kerugian berpuluh ribu ringgit.

Taktik baru scammer, hantar kad jemputan kahwin secara digital di WhatsApp

Terkini, mereka menggunakan taktik baharu pula dengan menghantar jemputan ke majlis perkahwinan menerusi aplikasi perbualan WhatsApp.

Menerusi gambar tangkap layar yang tular di media sosial, jemputan ke majlis kahwin itu disertakan dengan pautan kononnya kad kahwin secara digital.

Mangsa yang terpedaya dan menekan pautan tersebut akan menyebabkan wang di dalam akaun bank mereka lesap diambil scammer.

Perkara ini kemudiannya disahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PRDM).

BACA ARTIKEL BERKAITAN: PDRM Dedah Memang Wujud Kes Scam Menerusi Jemputan Kahwin

ASP Rahmat Fitri kongsi cara elak diri dari jadi mangsa penipuan

Susulan itu, seorang anggota polis yang dikenali sebagai ASP Rahmat Fitri Abdullah dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM telah berkongsi cara untuk tidak menjadi mangsa taktik penipuan baharu ini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Rahmat Fitri berkata jika pautan yang dihantar itu tertera tulisan APK, maka jangan tekan.

Jangan Tekan, Jangan Respon

Secara ringkasnya, beliau menjelaskan bahawa APK ini merupakan modus operandi scammer untuk mengodam telefon bimbit mangsa dan mencuri segala maklumat yang ada termasuk duit di dalam akaun bank.

“Jika anda lihat ada tulis APK dekat situ (pautan), anda tidak perlu tekan dan tak perlu respon,” katanya.

Menurutnya, sekiranya seseorang itu ingin kepastian mengenai pautan yang diterima, sila lakukan semakan terlebih dahulu jika mesej tersebut disertakan dengan nama syarikat atau agensi.

“Jika link itu datang daripada nombor telefon yang anda tidak kenali, anda tidak perlu respon kerana anda tidak tahu siapa pengguna sebenar di sebalik nombor itu,” katanya lagi.

Pengarah JSJK akui taktik baharu scammer ini

Terdahulu, Pengarah JSJK Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengakui bahawa menghantar kad jemputan kahwin secara digital merupakan salah satu taktik yang digunakan scammer untuk menjerat mangsa.

“Satu daripada kaedahnya adalah dengan menghubungi semua kenalan seseorang atas alasan undangan ke majlis perkahwinan.

“Justeru, elakkan klik sembarangan sebelum mengesahkan dengan individu yang mengundang tersebut,” ujar Ramli.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

10 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

10 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

11 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

12 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

13 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

14 hours ago