Akui Silap & Alpa, Janna Nick Mohon Maaf Pada Ustaz Wadi Annuar

Sebelum ini kami ada melaporkan tentang penjelasan Ustaz Wadi yang menjawab persoalan netizen berhubung kehadirannya pada majlis perkahwinan pasangan selebriti Janna Nick dan juga Dini Schatzmann.

Menerusi video penjelasan tersebut, Ustaz Wadi menyatakan kehadirannya pada majlis tersebut hanyalah untuk memenuhi undangan dan membaca doa.

Malah Ustaz Wadi turut menjelaskan bahawa beliau telah beredar dari majlis tersebut sebaik sahaja selesai menjalankan tanggungjawabnya membaca doa dan selepas pasangan itu memberi ucapan.

Perkara itu dijelaskan oleh agamawan itu selepas ia mendapat reaksi daripada netizen yang menyifatkan kehadirannya tidak sesuai memandangkan majlis itu berkonsepkan seperti budaya barat.

Baca artikel berkaitan: Isu Hadir Majlis Perkahwinan Janna Nick, Ustaz Wadi Annuar Jelas Perkara Sebenar [Video]

Janna Nick mohon maaf dan akui silap kepada Ustaz Wadi

Terbaharu, Janna Nick tampil memohon maaf di atas tindakannya menjemput Ustaz Wadi ke majlis perkahwinan dan mengakui itu adalah silapnya.

“Saya mengakui kesilapan saya. Saya harap masyarakat dapat menerima penjelasan ini dan tidak membangkitkannya lagi.

“Saya minta maaf, itu adalah kealpaan saya. Saya sedar itu adalah kelalaian dan kesalahan daripada pihak saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan Ustaz Wadi.

“Ustaz Wadi juga sudah buat penjelasan daripada pihak dia dan saya juga tidak mahu panjangkan isu ini. Saya sangat menghormati Ustaz Wadi sebab dia adalah ilmuan yang banyak sampaikan ilmu kepada kita semua.

“Saya sebagai orang yang cetek ilmu sangat menghormati mereka semua. Kalau mahu bandingkan nama saya dengan dia sangat jauh beza. Saya rasa hina sangat kalau mahu panjangkan kontroversi ini,” ujarnya dipetik Harian Metro.

Jumpa Ustaz Wadi malam sebelum majlis berlangsung

Jelas Janna, tujuannya menjemput Ustaz Wadi kerana malam sebelum majlis pernikahan berlangsung dia telah meminta pendakwah itu mengetuai majlis doa selamat dan bacaan surah Yasin.

“Tujuan saya menjemput Ustaz Wadi kerana malam sebelum hari pernikahan, saya minta dia untuk ketuai majlis doa selamat dan bacaan surah Yasin. Malam itu juga, dia ada menyampaikan ceramah bertajuk ‘Memimpin Isi Rumah Ke Syurga’.

“Disebabkan itu, Ustaz Wadi tahu ada undangan perkahwinan dan saya tidak tahu hukum dalam Islam sekiranya seseorang itu sudah dijemput, maka wajib datang,” jelasnya.

Tak mahu isu berpanjangan minta netizen hentikan

Jannah turut meminta agar netizen tidak memburukkan lagi keadaan selain menyatakan dia juga telah memohon maaf secara peribadi kepada Ustaz Wadi.

“Semoga semua orang boleh hentikan isu ini dan tidak berlaku perbalahan. Niat saya hanya mahu mohon keberkatan daripada orang yang ilmunya tinggi untuk mendoakan perkahwinan saya.”

Untuk makluman, pasangan Janna Nick dan Dini Schatzmann telah berkahwin pada 10 Jun di Langkawi.

Dalam majlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM2,603 dan juga seutas rantai emas.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

19 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

19 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

19 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

20 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

20 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

21 hours ago