fbpx
Now Reading
Isu Hadir Majlis Perkahwinan Janna Nick, Ustaz Wadi Annuar Jelas Perkara Sebenar [Video]

Isu Hadir Majlis Perkahwinan Janna Nick, Ustaz Wadi Annuar Jelas Perkara Sebenar [Video]

Rata-rata netizen tidak menyangka agamawan itu turut menjadi salah seorang jemputan majlis perkahwinan Janna Nick dan Dini Schatzmann.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media tempatan mengenai perkahwinan pelakon dan pengacara Janna Nick bersama pasangannya, Dini Schatzmann.

Tidak hanya mengejutkan ramai pihak apabila melangsungkan perkahwinan selepas beberapa bulan mengumumkan tidak lagi bersama, konsep majlis perkahwinan pasangan ini juga kecoh di media sosial.

Majlis pernikahan yang berlangsung pada 10 Jun lalu itu menjadi bualan hangat apabila tema majlis dilihat seakan-akan mengikut budaya barat.

Majlis Turut Dihadiri Oleh Agamawan & Penceramah, Ustaz Wadi Annuar

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah kehadiran agamawan dan penceramah terkenal iaitu Ustaz Wadi Annuar.

Rata-rata netizen tidak menyangka agamawan itu turut menjadi salah seorang jemputan majlis perkahwinan Janna Nick dan Dini Schatzmann.

Malah, beliau juga dilihat menjadi pembaca doa di majlis perkahwinan tersebut.

Kehadiran beliau mendapat perhatian netizen kerana rata-ratanya berpendapat majlis perkahwinan itu tidak sesuai dihadiri oleh agamawan berkenaan.

Hadir Sekadar Memenuhi Jemputan Dan Sebagai Pembaca Doa, Pulang Awal Sebelum Majlis Tamat

Bagi menjawab persoalan netizen, Ustaz Wadi Annuar telah memuat naik satu video berhubung penjelasan mengenai kehadiran beliau ke majlis perkahwinan artis berkenaan.

Menurut Wadi Annuar, kedatangannya hanya sekadar memenuhi undangan majlis perkahwinan serta sebagai pembaca doa di majlis berkenaan.

“Saya dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan dan bacaan doa, maka saya pon pergilah,” katanya di video berkenaan.

Tambah beliau, setelah tiba di majlis itu selama 10 minit, beliau dijemput oleh pengerusi majlis bagi meneruskan bacaan doa dan pada ketika itu, pengantin belum tiba di majlis berkenaan.

Jelasnya, beliau juga tidak makan dan bergambar sebelum meninggalkan majlis berkenaan.

Menerusi rakaman video tersebut, beliau hanya beredar setelah pasangan berkenaan memberi ucapan dan turut memaklumkan kepada tuan rumah mengenai tindakannya itu.

“Apabila melihat keadaan begitu, saya terus bangun dan maklumkan kepada tuan rumah untuk balik terlebih dahulu. Itu yang diajar oleh orang Islam kita, untuk tidak memalukan orang, menimbulkan persepsi negatif dan menimbulkan fitnah,” kata beliau lagi.

@wardatulsakinah_

ustaz Wadi anuar beri penjelasan isu di majlis perkahwinan Janna nick..semoga netizen jgn bersangka buruk dan terus doakan yg baik2 saja utk ustaz kesayangan rakyat Malaysia #ustazwadiannuar

♬ original sound – Nana Bella – Nana Bella

Rata-rata netizen bersimpati dengan penceramah tersebut. Malah ramai yang turut memuji tindakan agamawan itu yang tidak membuka aib pasangan berkenaan.

Berikut antara komen yang diberikan netizen;

Tak Memasal Ustaz Jadi Mangsa Kecaman

Kesian Dengan Ustaz, Tak Pasal-Ppasal Kena Kecam

Baca Artikel Berkaitan: “Persoalannya Bila Saya Jumpa?” – Ustaz Wadi Annuar Nafi Pernah Dipelawa Mohon Tauliah Di Perlis [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Tampil Mohon Maaf Isu Perkataan Perihal Bangsa India Ketika Ceramah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.