fbpx
Now Reading
“Persoalannya Bila Saya Jumpa?” – Ustaz Wadi Annuar Nafi Pernah Dipelawa Mohon Tauliah Di Perlis [Video]

“Persoalannya Bila Saya Jumpa?” – Ustaz Wadi Annuar Nafi Pernah Dipelawa Mohon Tauliah Di Perlis [Video]

Ustaz Wadi juga menafikan dakwaan yang mengatakan beliau telah berjumpa dengan JAIPs sebanyak dua kali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar hari ini (4 April) menafikan dakwaan beliau ditawarkan permohonan tauliah di Perlis.

Menerusi hantaran video di laman Twitter rasminya, Ustaz Wadi berkata buat masa ini beliau tidak pernah dipelawa apatah lagi ditawarkan memohon tauliah menerusi berjumpaan dengan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Exco Agama Islam Negeri itu.

Ustaz Wadi didakwa pernah ditawar tauliah dan dipelawa jumpa exco negeri

Jelas beliau, penjelasan itu dibuat bagi menjawab segala kekeliruan selepas dua laporan akhbar mendakwa beliau pernah ditawarkan tauliah oleh Exco Agama Islam Negeri Perlis dan dipelawa untuk berjumpa dengan exco negeri tersebut.

“Ada dua laporan akhbar yang menyatakan saya enggan menerima dan telah dipelawa untuk permohonan pentauliahan oleh exco negeri tersebut.

“Laporan akhbar terbabit juga ada menyatakan saya sudah dua kali berjumpa dengan Exco Agama Islam Perlis dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), namun katanya saya enggan menerima tawaran tersebut,” katanya.

Ustaz Wadi nafi pernah berjumpa JAIPs dua kali dan dipelawa mohon tauliah

Selain itu, Ustaz Wadi juga menafikan dakwaan yang mengatakan beliau telah berjumpa dengan JAIPs sebanyak dua kali dan dipelawa memohon tauliah.

“Persoalannya bila saya jumpa, saya tidak pernah dipelawa pun. Itu mungkin orang lain, saya nafikan yang saya pernah jumpa dan dipelawa berkenaan pentauliahan itu.”

Di akhir perkongsian, Ustaz Wadi memberi pesanan agar orang ramai tidak membuat sebarang fitnah walaupun mempunyai perbezaan pendapat.

Terdahulu, media melaporkan Ustaz Wadi akan dipanggil oleh JAIPs selepas didakwa mengajar tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Ia berhubung penyertaan Ustaz Wadi dalam program Solat Tarawih dan Sembang Santai bersamanya yang diadakan di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan Matin pada Khamis lalu (30 Mac).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.