Memiliki anak merupakan impian bagi setiap pasangan di muka bumi ini. Namun, banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam membesarkan anak-anak terutamanya di fasa awal perkembangan mereka.
Pada fasa ini, kanak-kanak dikatakan sedang mengalami pelbagai perubahan fizikal, mental dan emosi yang sedang berkembang seiring dengan usia mereka.
Oleh kerana itu, perangai kanak-kanak memang sukar dijangka. Ada masa sikap mereka mencuit hati dan adakalanya boleh menguji kesabaran.
Apabila berada di luar contohnya seperti di kedai makan, ibu bapa pasti tidak selesa apabila anak tiba-tiba mengamuk dan sukar untuk dikawal.
Keadaan itu pastinya mengundang kerisauan tambahan lagi apabila tangisan anak itu menganggu ketenteraman orang sekeliling.
Namun, ada juga ibu bapa yang telah lali dengan perangai anak-anak sehingga tidak mampu berbuat apa-apa apabila anak bertindak sedemikian.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang pengguna TikTok apabila terpaksa berhadapan dengan jeritan kanak-kanak semasa berada di sebuah restoran tertutup.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok papayen91, kelihatan pengunjung sedang menikmati makanan dan minuman.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah bunyi jeritan kanak-kanak yang dikatakan menganggu keselesaan dia dan pengunjung restoran tersebut.
Kanak-kanak itu dikatakan telah menjerit dan membuat bising selama sejam, namun pemuda itu mendakwa ibu bapa kanak-kanak tersebut hanya membiarkannya malah berbual seperti tiada apa yang berlaku.
“Budak tetap budak, ibu bapa tolonglah jaga, ni tak, sambung borak dah kenapa?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pemuda itu juga mendakwa terdapat beberapa pengunjung lain yang turut rasa tidak selesa dengan keadaan pada ketika itu.
Malah dia mendakwa ada antara pengunjung lain yang turut bertindak merakam dan memainkan semula rakaman suara kanak-kanak berkenaan dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada pasangan itu.
Ada juga yang memberi pandangan sinis kepada mereka dan bertindak keluar dari restoran tersebut kerana tidak tahan dengan jeritan kanak-kanak itu.
Menerusi video yang telah mendapat lebih 600 ribu tontonan itu, pemuda itu mendakwa kanak-kanak itu tidak menghidap Autism atau mengalami Down Syndrome.
Dia merasakan ibu bapa terbabit perlu bertanggungjawab dan menegur anak mereka kerana tidak semua orang faham dan selesa dengan keadaan tersebut.
Malah, dia tidak menyalahkan kanak-kanak itu kerana baginya kanak-kanak itu tidak memahami keadaan sebenar.
“Untuk semua ibu bapa, tolong jadi ‘ibu bapa bertanggungjawab’. Orang ramai sakit hati tahu tak. Ramai terpaksa balik sebab menyampah. Sebab tahu kalau tegur mesti gaduh,” tulisnya di video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pendapat masing-masing mengenai kejadian ini.
Ada di antara mereka yang mengecam tindakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang hanya mengendahkan anak mereka.
Namun, ada juga yang memahami situasi yang dihadapi oleh ibu bapa kanak-kanak terbabit. Malah ada netizen yang berpendapat agar kedua-dua pihak perlu saling memahami antara satu sama lain.
Berikut antara komen netizen:
Untuk info, sebagai ibu bapa, sekiranya anak anda mengamuk atau mengalami tantrum, anda boleh mencuba beberapa cara untuk mengawal mereka antaranya seperti:
Namun, dalam pada masa yang sama, orang ramai seharusnya faham akan cabaran dan kesukaran ibu bapa dalam mengawal kanak-kanak terutamanya ketika mereka sedang mengalami tantrum. Kedua-dua pihak sepatutnya perlu saling memahami antara satu sama lain.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Anak Nak Tidur Baling Botol Susu Hampir Kena Kepala Imam Ketika Majlis Nikah Ibunya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Apa Itu Autisme,” 3 Personaliti Hebat Kongsi Detik Pahit Manis Memiliki Anak-Anak Istimewa Ini
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…
Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…
Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…
Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…
Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…