Warganet Teruja Lihat Mat Salleh Menari Pelbagai Tarian Tradisional Melayu [Video]

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Kepelbagaian ini menjadikan Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan perbezaan budaya dan adat.

Misalnya, dalam masyarakat Melayu sahaja, pelbagai budaya dan adat berbeza diamalkan mengikut negeri masing-masing antaranya makanan dan tarian tradisional.

Perbezaan budaya telah menarik minat seorang pencipta kandungan dari Belgium untuk membuat video mengenai variasi tarian Melayu.

Menari Tiga Jenis Tarian Bersama Sekumpulan Lelaki Melayu

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok edpeople, kelihatan Ed yang merupakan pencipta kandungan sosial bersama sekumpulan lelaki menari tiga jenis tarian tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu Zapin, Joget dan Inang.

Video yang telah mendapat tontonan melebihi 1 juta itu memaparkan Ed yang berbaju Melayu serta samping bersama kumpulan lelaki tersebut menari tanpa melakukan sebarang kesalahan.

Tarian itu dipercayai merupakan hasil tunjuk ajar oleh seorang koreografer Malaysia yang dikenali sebagai Kerol Mokhtar.

Video itu nyata mengundang perhatian warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tarian Ed dan menganggap dia seorang yang cekap kerana dapat mempelajari tarian Malaysia dalam masa yang singkat tanpa melakukan kesalahan.

@edpeople

Malaysia dances 🇲🇾 w/ @KerolMohtar

♬ original sound – Ed People

Malah, ada juga yang menganggap Ed telah memperkenalkan budaya Malaysia di mata dunia apabila memperkenalkan tarian-tarian tradisional di akaun TikTok miliknya.

Untuk info, Ed merupakan seorang pencipta kandungan sosial yang berasal daripada Belgium. Dia terkenal dengan kandungan video yang memaparkan tarian dan budaya dari serata dunia.

Selain Malaysia, dia juga pernah mencuba tarian dari negara asia yang lain seperti India dan Indonesia serta memuat naik video tarian di akaun TikTok miliknya.

Berikut antara komen netizen:

Pandai Mat Salleh Ni Berzapin Ye

Dia Nampak Enjoy Sangat Ye

Saya Bangga Jadi Anak Melayu

Foto: TikTok Edpeople

Baca Artikel Berkaitan: Mat Salleh Dakwa Boleh Bertutur Pelbagai Bahasa, Sekali ‘Surrender’ Dengan Wanita Kecek Kelate [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Wow Memang Kita Keluarga Malaysia”- Ramai Teruja Lihat Majlis Kahwin Bangsa Cina Ikut Adat Melayu [Video]

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

13 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

13 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

13 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

13 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

15 hours ago