YouTuber Indonesia Dedah Kewujudan Perkampungan Di Bawah Kolong Tol Bandar Jakarta [Video]

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia, pasti setiap orang itu mendapat rezeki yang berbeza-beza menyebabkan wujudnya beberapa kelas golongan manusia seperti kaya, sederhana dan miskin.

Menurut Bank Dunia, kira-kira 9.2% atau 719 juta orang daripada keseluruhan manusia di dunia ini hidup dalam kemiskinan tegar, lapor World Vision.

Bahkan di Indonesia sendiri mencatatkan jumlah kemiskinan sebanyak 26.16 juta orang atau 9.54% dari total penduduk di negara itu, menurut Badan Pusat Statistik (BPS).

Kebanyakan golongan miskin di Indonesia hidup secara berkumpulan dan membina kawasan penempatan mereka sendiri.

YouTuber dedah ada perkampungan di bawah bandar Jakarta

Seperti baru-baru ini, seorang YouTuber daripada Indonesia mencuri perhatian apabila membuat pendedahan terdapat sebuah penempatan di bawah tol sebuah lebuh raya di kota Jakarta.

Menerusi saluran YouTube Bang Brew TV, lelaki terbabit menyatakan penduduk di kawasan tersebut tidak pernah menyambut Hari Raya Korban seperti umat Islam yang lain kerana kekangan wang.

YouTuber berniat lakukan ibadah korban di kawasan tersebut

Susulan itu, YouTuber yang dikenali sebagai Irfan Jayani itu berniat untuk melakukan ibadah korban di kawasan tersebut dan berkongsi rezeki bersama para penduduk di sana.

“Di tempat mereka itu belum pernah menyambut Hari Raya Korban atau tidak pernah membuat penyembelihan haiwan korban.

“Kebetulan saya berniat untuk melakukan ibadah korban pada tahun ini, jadi saya buat keputusan untuk melakukan ibadah korban di sana,” katanya.

Kampung bawah kolong dilengkapi sekolah, surau dan kedai runcit

Berdasarkan video tersebut, kelihatan kawasan penempatan yang juga digelar ‘kampung bawah kolong’ itu dilengkapi dengan fasiliti seperti sekolah, surau dan beberapa kedai runcit.

Foto: YouTube/Bang Brew TV

Malah turut kelihatan deretan rumah yang dibina dengan ketinggian anggaran hanya 150cm itu menyebabkan warga penduduk di sana terpaksa berjalan dan melakukan pelbagai aktiviti dalam keadaan membongkok.

Ada bekalan air dan elektrik untuk kegunaan harian

Selain itu, penempatan ini juga dilengkapi dengan kemudahan lain seperti bekalan elekrik dan air untuk kegunaan harian penduduk setempat.

Jadi kebanyakan rumah di sana dilengkapi dengan perabot dan barangan elektrik seperti televisyen, kipas, peti sejuk dan sebagainya.

“Untuk masuk ke dalam tu kena tunduk, siapa sangka di dalam sana ada sekolah, surau dan kehidupan. Saya tak sabar nak sambut Aidiladha dengan mereka semua,” katanya lagi.

Meskipun kehidupan mereka boleh dikatakan jauh berbeza berbanding penduduk yang tinggal di bandar Jakarta, namun mereka tetap kelihatan bahagia hidup bersama-sama.

Ramai netizen kagum melihat kehidupan bawah bandar Jakarta

Memindai di ruangan komen pula, pendedahan YouTuber terbabit ternyata mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial tidak menyangka terdapat kehidupan di bawah bandar Jakarta yang pesat membangun.

Tidak hanya itu, mereka juga berasa kagum melihat keharmonian para penduduk di sana meskipun terdapat banyak kekurangan berbanding penduduk di kawasan lain.

Video penuh di YouTube

Recent Posts

  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

15 mins ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

35 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Buka Kertas Siasatan, Buru Geng Kereta Masak Dekat Stesen Minyak

Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…

43 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

18 hours ago