Ini 5 Tips Kalau Tak Nak Gagal Beli Tiket Konsert Secara Online

Kehadiran artis antarabangsa ke Malaysia untuk mengadakan konsert sudah pastinya mengundang keterujaan dalam kalangan peminat artis tersebut.

Ia merupakan peluang keemasan untuk melihat artis kesayangan anda dari dekat selain dapat berhibur secara langsung bersama-sama peminat yang lain.

Namun, sebelum menghadiri konsert berkenaan, anda perlu mengorbankan wang ringgit dan masa bagi merebut tiket konsert yang terhad.

Ini sudah pasti memberikan tekanan kepada anda kerana ini sahaja peluang yang ada untuk menyaksikan persembahan artis kesayangan di negara sendiri.

Bahkan, acap kali timbul isu kegagalan mendapatkan tiket yang kebiasaannya dijual secara online.

Untuk mengelakkan anda berdepan isu yang sama, berikut kami kongsikan lima tips yang boleh anda guna semasa membuat pembelian tiket secara dalam talian.

Barulah tak terlepas peluang selepas ini.

#1 Sertai Sesi Pra Jualan Tiket

Foto: Laman Web Rasmi Live Nation

Anda disarankan untuk menyertai sesi pra jualan tiket konsert artis kesayangan anda. Lazimnya, sembilan daripada sepuluh konsert pasti mempunyai sesi pra jualan.

Jadi rebutlah peluang ini kerana kebarangkalian untuk anda mendapat tiket adalah tinggi.

Muat turun aplikasi atau daftar di laman web rasmi sebaik sahaja anda mengetahui terdapat sesi pra jualan yang akan berlangsung.

Namun, harus diingat, anda perlu membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menyertai sesi pra jualan tersebut.

#2 Biasakan Diri Dengan Laman Rasmi Jualan Tiket

Foto: Laman Web Rasmi Live Nation

Anda perlu sedar yang anda bakal bersaing dengan beribu lagi individu yang akan merebut tiket konsert artis kegemaran anda.

Jadi, untuk mengelakkan anda daripada terlepas peluang ke konsert itu, anda perlu membiasakan diri dengan laman web rasmi jualan tiket.

Sebaiknya, teroka laman web atau cuba ‘menempah’ tiket konsert lain beberapa hari sebelum tarikh jualan tiket konsert sebenar bermula.

Memandangkan tempoh jualan tiket sebenar adalah terlalu singkat, tips ini penting agar anda sudah terbiasa dengan selok-belok sistem di laman web berkenaan.

Harus diingatkan, pada hari sebenar jualan tiket, peluang untuk anda membeli tiket konsert adalah sangat tipis ekoran daripada trafik yang sesak.

Jadi, teroka dulu aplikasi atau laman rasmi yang menjual tiket supaya peluang untuk anda beli tiket adalah tinggi.

#3 Peka Dengan Caj Extra

Foto: Freepik

Kebiasaannya, harga tiket yang dipamerkan tidak termasuk dengan cukai dan caj-caj lain seperti caj perkhidmatan.

Pengenaan caj ini adalah bergantung kepada tempat dan artis yang membuat persembahan. Jadi pastikan anda menyediakan wang tambahan, setidak-tidaknya anda mempunyai fulus mencukupi untuk membayar caj tersembunyi itu.

Walaubagaimanapun, anda diingatkan agar membaca syarat dan terma rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian supaya anda tidak rasa tertipu.

#4 Guna Lebih Daripada Satu Peranti Semasa Membuat Pembelian

Foto: BK

Semasa hari jualan tiket berlangsung, anda digalakkan untuk mengguna lebih daripada satu peranti pada masa yang sama.

Pastikan sambungan internet anda pada ketika itu berada dalam keadaan yang baik dan laju. Lagi stabil internet anda, lagi tinggi peluang untuk mendapatkan tiket konsert.

Daftar masuk ke laman rasmi jualan tiket sepuluh minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Sebaik sahaja anda masuk, anda perlu terus menekan butang pembelian di setiap peranti yang digunakan.

Semasa proses berkenaan, anda perlu mengutamakan peranti yang mempunyai akses lebih cepat.

Namun, perlu diingatkan agar anda tidak menekan butang keluar selagi anda belum berjaya membuat sebarang pembelian.

#5 Sediakan Maklumat Lebih Awal

Foto: Freepik

Sebelum membeli tiket, pastikan anda menyediakan maklumat seperti tempat duduk pilihan anda, nama, nombor telefon atau maklumat penting yang lain.

Harus diingat, tempoh pembelian adalah terhad. Jadi, sekiranya anda berjaya masuk ke slot pembelian tiket, anda hanya perlu copy and paste sahaja maklumat yang anda telah sediakan dahulu.

Semasa proses checkout, pastikan maklumat yang anda berikan itu adalah betul.

Kesimpulannya, membeli tiket konsert terutama yang melibatkan artis antarabangsa sememangnya memberi tekanan kepada kita sebagai peminat setia.

Ini sahaja peluang yang ada untuk berjumpa dan berhibur secara depan-depan bersama artis kesayangan kita.

Cuba lah tips ini, mana tahu ia membantu merealisasikan impian anda untuk berjumpa artis kesayangan.

Mesti seronok untuk berhibur sambil menikmati konsert secara langsung!

Namun, sekiranya anda seorang Muslim, jangan lupakan kewajipan untuk solat lima waktu pada hari konsert. Dalam kita berhibur, pastikan ada ruang untuk menjalankan perkara fardu.

Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

15 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

15 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

16 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

16 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

17 hours ago