Isu ‘Rider’ Dakwa Hilang Kerja, Grab Sudah Aktifkan Semula Akaun Rakan Penghantar

[Kemaskini]: Baca penjelasan penuh Grab Malaysia berhubung isu tular di sini.


Perkhidmatan platform Penghantaran Makanan terkemuka, Grab Malaysia mengesahkan pihaknya telah mengaktifkan semula akaun seorang rakan penghantar yang sebelum ini didakwa telah digantung tugas.

Perkara itu dikongsikan Grab Malaysia menerusi satu ciapan balas di Twitter.

“Kami ingin memberi jaminan kepada anda bahawa kami mengetahui isu yang disebutkan. Kami menerima pelbagai maklum balas yang bercanggah dan pasukan kami perlu melakukan usaha wajar mereka untuk menyiasat.

“Kami gembira untuk mengatakan bahawa akaun rakan penghantar itu sudah dikembalikan dan kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda terhadapnya.”

Tidak ‘diban’ tapi hanya digantung -Grab

Kenyataaan hampir sama turut tertera dalam satu pemberitahuan tular yang dipercayai diberikan kepada rakan penghantar.

Menerusi notis tersebut yang dipercayai dimuat naik di grup Facebook ‘Rakan Penghantar GRAB MY’, Grab berkata akaun rider tersebut telah pun diaktifkan semula setelah siasatan teliti dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Kami ingin memperjelaskan bahawa beliau tidak diban ianya hanya digantung sementara. Laporan telah dibuat terhadap beliau, dan ianya merupakan SOP kami di mana akaun akan digantung sementara menunggu siasatan dijalankan.”

Grab Malaysia menerusi kenyataan tular

Ada laporan babitkan ancaman dan senjata

Tambah Grab dalam notis pemberitahuan itu lagi, laporan yang diterima mendakwa terdapat senjata dan ancaman semasa insiden berlaku.

“Laporan diterima mendakwa senjata dan ancaman terlibat dalam insiden tersebut dan Grab memandang serius setiap laporan, terutama sekali melibatkan keselamatan.

“Ini adalah SOP yang kami ikuti untuk setiap laporan yang dibuat kepada Grab, kerana kami ingin memastikan platform kami selamat dan dipercayai untuk setiap pengguna. Pihak kami juga ingin maklumkan sekali lagi akaun beliau telah diaktifkan setelah siasatan yang teliti dijalankan,” kata kenyataan itu yang dikongsikan seorang pengguna Twitter @magmalaya.

Terdahulu penghantar berkenaan mendakwa akaunnya digantung dan dia seperti hilang pekerjaan selepas tular video dia menegur tindakan dua warga asing mengisi minyak ke dalam tong.

Isu tersebut kemudiannya sohor di semua platform media sosial menyebabkan ramai pihak menzahirkan rasa tidak berpuas hati.  Rata-rata netizen kemudiannya mula melancarkan kempen untuk memboikot syarikat berkenaan.

Ada yang turut bertindak memadam aplikasi tersebut daripada telefon pintar masing-masing dan menggesa Grab untuk tampil membuat penjelasan.

[Kemaskini]: Baca penjelasan penuh Grab Malaysia berhubung isu tular di sini.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

11 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago