fbpx
Now Reading
Isu Rider Digantung Tugas, Grab Tampil Perjelas Hal Sebenar

Isu Rider Digantung Tugas, Grab Tampil Perjelas Hal Sebenar

Rider Grab berkenaan tidak lagi digantung tugas selepas akaunnya diaktifkan semula sebaik siasatan selesai dilakukan termasuk hasil komunikasi mereka dengannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Syarikat pengangkutan dan penghantaran makanan terkemuka, Grab Malaysia memohon maaf khususnya kepada rider makanan yang sebelum ini digantung tugas selepas bertelagah dengan dua warga asing di sebuah stesen minyak di Johor baru-baru ini.

Grab Malaysia menerusi satu kenyataan yang dikongsikan kepada BuzzKini berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga dan mengikut proses syarikat dalam menguruskan insiden keselamatan.

“Kami memohon maaf terutamanya kepada rakan penghantaran kami jika dia berasa tidak adil dilayan, dan jika proses kami mungkin kelihatan ‘keras’ kepada ramai. Tetapi sebagai platform yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan akses berpatutan kepada keperluan harian mereka dengan selamat, kami tidak mengambil ringan perkara membabitkan isu keselamatan.

Grab Malaysia

“Rakan kongsi penghantaran tersebut sedang bekerja (dalam proses menghantar makanan) ketika dia berhenti untuk mengisi minyak apabila kejadian itu berlaku. Kami menerima laporan daripada orang ramai berhubung kejadian itu, yang berkaitan dengan keselamatan awam. Seperti yang diketahui ramai, kami sememangnya mempunyai kod tatakelakuan untuk melindungi komuniti pengguna dan rakan kongsi kami, yang berpaksikan kepada kualiti dan keselamatan perkhidmatan.”

Grab Malaysia

Sehubungan itu Grab yang mengambil serius sebarang laporan melibatkan perkhidmatan dan keselamatan semua pihak bertindak menggantung sementara akaun kerja rider berkenaan sementara siasatan berlangsung.

Semua ini menurut Grab sebagai langkah berjaga-jaga selain berpandukan proses menguruskan sebarang insiden keselamatan.

Rider tidak lagi digantung sebaik siasatan selesai

Akaun rider tersebut bagaimanapun telah diaktifkan semula sebaik siasatan selesai dilakukan termasuk selepas perbincangan mereka dengannya.

“Setelah selesai siasatan (yang termasuk perbualan dengan rakan kongsi tersebut), kami telah mengembalikannya (akaun).

Grab Malaysia

Grab hargai maklum balas orang ramai

Tambah Grab, pihaknya “turut menghargai maklum balas, aduan dan kasih sayang yang diterima daripada rakan penghantaran dan rakyat Malaysia berhubung perkara ini”.

“Kami akan terus menilai proses kami untuk memastikan kualiti perkhidmatan dan keselamatan untuk pengguna dan rakan kongsi kami adalah dan akan sentiasa menjadi keutamaan kami,” kata Grab dalam kenyataan itu lagi.

Terdahulu tular video luahan penghantar berkenaan yang mendakwa dia ‘kehilangan kerja’ gara-gara akaunnya digantung selepas terbabit dalam pertelingkahan bersama dua warga asing yang mengisi minyak ke dalam tong di sebuah stesen minyak di Johor.

Video tersebut yang dimuatnaik ke TikTok bagaimanapun telah dipadamkan selepas isu tersebut menarik perhatian orang ramai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.