Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jalan 2 KM Ke Tempat Kerja Dengan Gaji RM45 Sehari [Video]

Manusia yang mempunyai sikap empati pasti akan berasa kasihan apabila melihat orang yang berada dalam kesusahan.

Oleh itu, pelbagai bantuan akan cuba untuk diusahakan agar kita dapat terus membantu mereka yang memerlukan.

Malah segelintir daripadanya ada yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan buat diri mereka dan keluarga.

Pakcik golongan asnaf terpaksa berjalan 2km untuk bekerja

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan satu video seorang pakcik yang juga golongan asnaf sedang berjalan kaki sejauh 2 kilometer untuk pulang ke rumah dari tempat kerjanya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Saharuddin Amirullah di TikTok, warga emas itu akan berjalan setiap hari untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.

Meskipun sudah tua namun dia kelihatan masih tegap berjalan. Ketika berjumpa dengan Shaharuddin yang dipercayai seorang aktivis, pemuda itu sempat memberikannya sumbangan makanan seperti beras untuk dibawa pulang ke rumah.

Namun kerana bimbang pakcik itu terbeban semasa membawa beg sumbangan makanan itu, Shaharuddin kemudian mengambil keputusan untuk menumpangkan lelaki itu sehingga ke rumahnya.

“Kasihan juga takut pakcik ni terbeban dengan bakul makanan yang kami bagi. Jadi kami terus tumpangkan untuk balik ke rumah,” tulisnya.

Hanya terima gaji RM45 sehari

Di dalam kenderaan mereka sempat berbual dan pakcik itu memaklumkan sehari gajinya hanya RM45 sehari dan terpaksa bekerja kerana jika tidak dia tidak mampu untuk membeli makanan.

Perkara itu turut membuat Saharuddin berasa sedih apabila memikirkannya.

Kelihatan pakcik tidak dapat tahan sebak mungkin terharu

Sebaik sahaja sampai di kediamannya kelihatan pakcik itu sebak apabila Saharuddin memanggilnya semula untuk mengucapkan selamat tinggal mungkin kerana rasa terharu dengan tindakan dilakukan oleh lelaki berkenaan.

“Bila saya panggil pakcik tu semula untuk ucap selamat tinggal, kelihatan pakcik tu gagal menahan sebak,” katanya.

@saharuddinamirullah

Apa lagi pilihan yang pakcik ada katanya kalau tidak kerja tiada apa yang boleh dimakan.

♬ Kamu dan Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda

Menurut mStar, warga emas berkenaan berusia sekitar 70-an itu bekerja sebagai buruh binaan di Sandakan, Sabah.

Jelas Saharuddin, warga emas itu tidak mempunyai basikal kerana tidak mampu untuk membelinya dan terpaksa bekerja kerana mempunyai anak perempuan yang masih remaja.

Melihat di ruangan komen, video itu turut membuatkan orang ramai sebak dan berdoa agar dia serta Saharuddin dimurahkan rezeki.

Tidak kurang juga ada yang berhati mulia untuk turut memberikan sumbangan kepada pakcik tersebut.

“Terima kasih abang sebab abang baik hati. Tapi marilah kongsi kalau kita boleh kumpul duit kongsi rezeki dengan pakcik ni”

“Terbaik bang, semoga dimurahkan rezeki”

“Tak tahan air mata saya nangis nampak pakcik ni kesiannya, teringat arwah ayah saya”

“Semoga dimurahkan rezeki pakcik dan diberikan kesihatan berpanjangan”

Recent Posts

  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

29 mins ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

1 hour ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

2 hours ago
  • Trending

“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…

3 hours ago
  • Trending

Tindakan Individu Buang 10,000 Anak Ikan Keli Dalam Sungai Undang Kerisauan

Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago