Seramai 31,140 Belia Bawah Umur 35 Tahun Bankrap Sejak Tahun 2014

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Industri) Ramkarpal Singh, sejak tahun 2014 hingga Mei 2023, sebanyak 31,140 belia diisytiharkan muflis.

Jumlah ini adalah berdasarkan kepada laporan yang direkodkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Pinda Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) Dan Penambahbaikan RUU Insolvensi Antara Inisiatif Kerajaan Bantu Golongan Muda Yang Muflis

Peka dengan situasi yang dihadapi, kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi meringankan beban golongan ini.

Antara insiatif yang dilaksanakan bagi membantu mereka adalah melalui pemberian pelepasan kebankrapan kepada individu yang diisytiharkan muflis dengan jumlah hutang berskala kecil di bawah RM50,000 mengikut syarat yang ditetapkan bermula 1 Mac 2023.

“MDI juga telah meminda seksyen 5(1)(a) Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) melalui Akta Insolvensi (Pindaan) 2020 (Akta A1624) yang diwartakan pada 22 Oktober 2020 dan berkuatkuasa sejak 1 September 2021,” katanya.

Tambah beliau, pindaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan peratusan golongan bankrap yang didaftarkan terutamanya golongan belia melalui penetapan had nilai minimum keberhutangan bermula RM100,000.

“Pindaan bertujuan menetapkan nilai had minimum keberhutangan kepada RM100,000 yang secara tidak langsung membantu menurunkan peratusan bankrap didaftarkan dengan MDI termasuklah golongan belia,” katanya semasa menjawab soalan yang diajukan oleh Senator Mohd Hasbie Muda.

Menurutnya lagi, bagi membantu golongan ini, kerajaan turut memperkenalkan peruntukan pelepasan automatik pada tahun 2017 di bawah Akta 360 di mana golongan bankrap dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat iaitu tiga tahun daripada tarikh pemfailan Penyataan Hal Ehwal (PHE) dengan MDI.

“Kerajaan juga telah melakukan penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan automatik melalui Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 24 Mei lalu dan Dewan Negara pada 19 Jun ini,” ujarnya.

Malah, menurut Ramkarpal, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia juga telah bekerjasama bagi membantu golongan ini melalui pelaksanaan inisiatif Prinsip Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan dan Amalan Pembiayaan yang berperanan bagi membantu orang ramai mengalami masalah hutang yang serius.

“Institusi kewangan perlu memastikan peminjam yang menghadapi kesulitan membayar balik pinjaman dilayan dengan adil dan diberi pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, media pernah melaporkan bahawa hanya satu daripada tiga rakyat Malaysia mempunyai tahap celik kewangan hingga menyebabkan kurang kesedaran untuk menabung.

Keadaan ini juga turut dipengaruhi oleh faktor seperti kurangnya pengetahuan mengenai isu kewangan dan sikap berbelanja yang melebihi kemampuan menggunakan kad kredit dan berhutang dengan ah long.

Malah, menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SRWC) Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Norma Mansor bahawa bilangan muflis dalam kalangan rakyat dilihat semakin meningkat akibat sikap suka berhutang.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago