Setiap manusia tentu mempunyai cita-cita yang ingin dicapai sebagai contoh ada yang mempunyai impian untuk belajar hingga ke menara gading.
Oleh itu, demi mencapai cita-cita tersebut pelbagai perkara sanggup dilakukan demi merealisasikannya.
Meskipun belum tahu bagaimana pengakhirannya, namun kita tidak boleh mengalah sehingga berusaha sekeras pada perkara tersebut.
Hal ini sama seperti lelaki jutawan di China yang sanggup mengambil peperiksaan ‘gaokao’ berulang kali demi mengejar impian untuk masuk ke universiti.
Gaokao adalah peperiksaan yang diambil oleh pelajar sekolah menengah tahun akhir bagi kemasukan ke universiti.
Lelaki jutawan yang dikenali sebagai Liang Shi, 56, itu bagaimanapun mula tertanya-tanya adakah dia akhirnya dapat menempatkan diri di universiti impiannya memandangkan sudah gagal sebanyak 27 kali dalam peperiksaan tersebut.
Peperiksaan gaokao berkenaan telah diambil Shi sejak empat dekad yang lalu dan berharap agar mendapat tempat di Universiti Sichuan dan mengejar cita-citanya untuk menjadi ‘seorang yang intelektual’
Meskipun sudah berjaya dalam hidup, tetapi awalnya Shi berusaha keras dengan bekerja sebagai pekerja kilang sehingga berjaya mempunyai perniagaan sendiri dalam industri binaan.
Malah dia turut menjana jutaan yuan namun impian untuk ke universiti tidak pernah dilupakan.
Shi turut menghabiskan masanya selama 12 jam untuk belajar selain menahan diri daripada minum atau bermain mahjong walau terdapat netizen di media sosial yang mengejeknya kerasa menyangka ia adalah satu publisiti.
Tetapi meskipun berbulan-bulan hidup seperti ‘seorang sami bertapa’ Shi kekurangan 34 mata untuk melepasi kelayakan minimum peringkat wilayah untuk memasuki universiti.
“Sebelum saya mendapat keputusan, saya mempunyai perasaan bahawa saya tidak akan mendapat markah yang cukup untuk memasuki universiti elit.
“Tetapi saya tidak menyangka bahawa masih tidak layak untuk memasuki universiti yang biasa,” katanya kepada Agence France Presse, lapor South China Morning Post.
Katanya, sebelum ini setiap kali gagal Shi akan berjanji pada dirinya untuk melakukannya lagi pada tahun yang akan datang.
Namun kali ini buat pertama kali dia tertanya-tanya adakah usahanya selama ini membawa kepada kejayaan.
“Jika saya benar-benar melihat ia seperti tiada harapan, tidak ada guna untuk saya meneruskannya lagi. Saya betul-betul berusaha keras setiap hari.
“Ia sukar untuk ditentukan sama ada saya masih akan membuat persiapan gaokao untuk tahun hadapan.”
Ujarnya kehidupan tanpa membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan itu bagaimanapun tidak dapat difikirkan.
“Sukar untuk membuat keputusan. Saya juga tidak sanggup untuk berputus asa.
“Sekiranya saya berhenti dari mengambil peperiksaan gaokao, setiap cawan teh yang diminum sepanjang hidup saya akan berasa penyesalan,” jelas jutawan itu lagi.
Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…
Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.
Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…
ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…