Bila tiba musim perayaan, pastinya anda akan membuat persiapan bagi menyambutnya.
Selain daripada membeli barang-barang basah untuk memasak, pasti anda juga akan membuat persiapan seperti mengemas dan menghias rumah.
Karpet merupakan antara barang perhiasan rumah yang pastinya tersenarai dalam senarai barang yang perlu dikemas dan dicuci. Rata-rata daripada kita pasti menghantar karpet ke kedai untuk dibersihkan.
Apa kata kali ini anda cuba untuk mencuci sendiri karpet di rumah. Bukan sahaja tidak perlu menunggu untuk tempoh yang lama, bahkan anda juga boleh menyimpan wang untuk kegunaan lain.
Berikut merupakan lima tips yang anda boleh gunakan untuk mencuci karpet anda di rumah.
Tahukah anda, baking soda atau serbuk penaik berfungsi sebagai penyerap selain dapat membantu mencairkan kesan minyak dan menyerap bau hapak.
Cuka pula berperanan sebagai pembasmi kuman semula jadi. Apabila kedua-dua bahan ini digabungkan, karpet anda akan bersih serta kuman dan bakteria dapat dihapuskan.
Berikut merupakan cara yang boleh anda ikuti untuk mencuci karpet dengan hanya menggunakan serbuk penaik dan cuka.
Anda juga boleh mencuci karpet anda dengan gabungan serbuk penaik dan hidrogen peroksida atau peluntur. Ia merupakan gabungan yang paling baik untuk mencuci.
Selain daripada mencuci karpet, kedua-dua bahan ini boleh digunakan untuk mencuci paip di bilik mandi, menanggalkan sisa makanan dalam periuk dan kuali serta memutihkan jubin lantai.
Gabungan ini juga bagus untuk menghilangkan kesan muntah dan kencing sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan dan anak kecil.
Berikut merupakan cara yang boleh anda ikuti dalam menggunakan serbuk penaik dan hidrogen peroksida.
Bagi karpet jenis sintetik, anda boleh menggunakan tiga bahan ini bagi mencuci karpet jenis tersebut.
Mudah sahaja dengan ikuti langkah di bawah.
Bagi mencuci karpet jenis sintetik juga, anda disarankan untuk mencelupkan kain ke dalam pencuci tersebut dan sapukan pada kotoran.
Bagi mencuci karpet yang dihasilkan dari jenis serat semula jadi, anda boleh menggunakan campuran cecair pencuci pinggan, campuran cuka, dan campuran ammonia solution. Karpet jenis tersebut hanya boleh dicuci menggunakan tiga bahan di bawah menerusi kaedah seperti berikut:
Campuran cecair pencuci pinggan: Campurkan ½ sudu kecil cecair pencuci pinggan dengan satu cawan air suam.
Campuran cuka: Campurkan ¼ cawan cuka dan ¼ cawan air.
Campuran ammonia solution: campurkan satu sudu besar ammonia yang sesuai untuk kegunaan rumah dengan ½ cawan air.
Bagi karpet jenis ini, anda perlu menggunakan teknik yang sama seperti karpet sintetik namun anda dilarang menyembur secara langsung ke kesan kotoran.
Dengan hanya menggunakan tiga bahan ini, karpet anda akan lebih bersih berbanding menggunakan vakum. Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok @zuriaty_musa, kaedah ini amat mudah dijalankan tanpa perlu anda untuk mengangkat karpet berkenaan.
Berikut merupakan langkah yang boleh anda ikuti:
Setelah kelima-lima langkah telah dilakukan, anda perlu mengeringkan karpet menggunakan kipas pada kelajuan yang tinggi. Ia penting agar karpet cepat kering dan tidak lembap serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Mudah sahaja bukan? Dengan bahan-bahan yang sememangnya mudah didapati, anda kini tidak perlu lagi bersusah-payah mengangkat karpet dan menghantarnya untuk dicuci di kedai.
Selamat mencuba!
Baca Artikel Berkaitan:
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…
Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…
Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…
Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…
Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…