fbpx
Now Reading
Dah Tak Perlu Hantar Kedai, Ini 5 Cara Cuci Karpet Di Rumah

Dah Tak Perlu Hantar Kedai, Ini 5 Cara Cuci Karpet Di Rumah

Antara bahan yang digunakan untuk mencuci karpet adalah serbuk penaik dan cuka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila tiba musim perayaan, pastinya anda akan membuat persiapan bagi menyambutnya.

Selain daripada membeli barang-barang basah untuk memasak, pasti anda juga akan membuat persiapan seperti mengemas dan menghias rumah.

Karpet merupakan antara barang perhiasan rumah yang pastinya tersenarai dalam senarai barang yang perlu dikemas dan dicuci. Rata-rata daripada kita pasti menghantar karpet ke kedai untuk dibersihkan.

Apa kata kali ini anda cuba untuk mencuci sendiri karpet di rumah. Bukan sahaja tidak perlu menunggu untuk tempoh yang lama, bahkan anda juga boleh menyimpan wang untuk kegunaan lain.

Berikut merupakan lima tips yang anda boleh gunakan untuk mencuci karpet anda di rumah.

#1 Serbuk Penaik & Cuka

Foto: Freepik

Tahukah anda, baking soda atau serbuk penaik berfungsi sebagai penyerap selain dapat membantu mencairkan kesan minyak dan menyerap bau hapak.

Cuka pula berperanan sebagai pembasmi kuman semula jadi. Apabila kedua-dua bahan ini digabungkan, karpet anda akan bersih serta kuman dan bakteria dapat dihapuskan.

Berikut merupakan cara yang boleh anda ikuti untuk mencuci karpet dengan hanya menggunakan serbuk penaik dan cuka.

  • Langkah 1: Tandakan kesan kotoran dan tuang cuka pada kesan kotoran tersebut
  • Langkah 2: Selepas itu, taburkan serbuk penaik ke atas cuka yang dituang tadi
  • Langkah 3: Biarkan campuran itu berbuih dan tinggalkan seketika agar penyerapan dapat berlaku
  • Langkah 4: Gosokkan kotoran dengan kain yang lembap dan biarkan kering

#2 Serbuk Penaik & Hidrogen Peroksida

Foto: Freepik

Anda juga boleh mencuci karpet anda dengan gabungan serbuk penaik dan hidrogen peroksida atau peluntur. Ia merupakan gabungan yang paling baik untuk mencuci.

Selain daripada mencuci karpet, kedua-dua bahan ini boleh digunakan untuk mencuci paip di bilik mandi, menanggalkan sisa makanan dalam periuk dan kuali serta memutihkan jubin lantai.

Gabungan ini juga bagus untuk menghilangkan kesan muntah dan kencing sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan dan anak kecil.

Berikut merupakan cara yang boleh anda ikuti dalam menggunakan serbuk penaik dan hidrogen peroksida.

  • Langkah 1: Campurkan ½ cawan hidrogen peroksida dengan satu sudu kecil pencuci pinggan.
  • Langkah 2: Taburkan serbuk penaik di kawasan yang kotor.
  • Langkah 3: Tuangkan campuran hidrogen peroksida dan pencuci pinggan ke atas serbuk penaik di kesan kotoran.
  • Langkah 4: Gosok kotoran menggunakan kain atau berus berbulu lembut.
  • Langkah 5: Biarkan kira-kira 10 minit. Anda disarankan untuk membiarkan lebih lama sekiranya kesan kotoran seperti muntah telah kering.
  • Langkah 6: Gunakan kain untuk menyerap pencuci. Biarkan kering atau guna vakum di kawasan yang dicuci tadi.

#3 Cecair Pencuci Pinggan, Cuka atau Campuran Pelarut

Foto: Freepik

Bagi karpet jenis sintetik, anda boleh menggunakan tiga bahan ini bagi mencuci karpet jenis tersebut.

Mudah sahaja dengan ikuti langkah di bawah.

  • Campuran cecair pencuci pinggan: Anda hanya perlu mencampurkan ¼ sudu kecil cecair pencuci pinggan dengan satu cawan air suam.
  • Campuran cuka: Campurkan satu cawan cuka dengan dua cawan air.
  • Campuran pelarut: Anda boleh menggunakan pelarut minyak bagi membersihkan kotoran pada karpet anda atau boleh menggantikannya dengan pencuci perwarna kuku.

Bagi mencuci karpet jenis sintetik juga, anda disarankan untuk mencelupkan kain ke dalam pencuci tersebut dan sapukan pada kotoran.

#4 Cecair Pencuci Pinggan, Cuka atau Ammonia Solution

Foto: Freepik

Bagi mencuci karpet yang dihasilkan dari jenis serat semula jadi, anda boleh menggunakan campuran cecair pencuci pinggan, campuran cuka, dan campuran ammonia solution. Karpet jenis tersebut hanya boleh dicuci menggunakan tiga bahan di bawah menerusi kaedah seperti berikut:

Campuran cecair pencuci pinggan: Campurkan ½ sudu kecil cecair pencuci pinggan dengan satu cawan air suam.

Campuran cuka: Campurkan ¼ cawan cuka dan ¼ cawan air.

Campuran ammonia solution: campurkan satu sudu besar ammonia yang sesuai untuk kegunaan rumah dengan ½ cawan air.

Bagi karpet jenis ini, anda perlu menggunakan teknik yang sama seperti karpet sintetik namun anda dilarang menyembur secara langsung ke kesan kotoran.

#5 Air Panas, Garam Batu Himalaya & Dettol

Foto: Freepik

Dengan hanya menggunakan tiga bahan ini, karpet anda akan lebih bersih berbanding menggunakan vakum. Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok @zuriaty_musa, kaedah ini amat mudah dijalankan tanpa perlu anda untuk mengangkat karpet berkenaan.

Berikut merupakan langkah yang boleh anda ikuti:

  • Langkah 1: Didihkan air menggunakan cerek atau periuk
  • Langkah 2: Masukkan air yang telah dididihkan ke dalam baldi. Pastikan air tersebut memenuhi suku baldi berkenaan.
  • Langkah 3: Masukkan dua sudu besar garam Himalaya ke dalam air panas tersebut, kemudian diikuti dengan satu penutup cecair sabun pencuci Dettol. Kacau rata agar kesemua bahan sebati.
  • Langkah 4: Mulakan proses mengemop. Pastikan anda memerah mop berkenaan sehingga betul-betul kering dan tiada air yang menitik. Anda dilarang memerah menggunakan tangan sebaliknya guna sarung tangan getah atau alatan yang boleh diguna pakai untuk memerah mop.
  • Langkah 5: Mop karpet anda dengan menggerakkan mop di atas permukaan karpet. Ini bertujuan untuk mengeluarkan segala kotoran dan debu yang tersembunyi.

Setelah kelima-lima langkah telah dilakukan, anda perlu mengeringkan karpet menggunakan kipas pada kelajuan yang tinggi. Ia penting agar karpet cepat kering dan tidak lembap serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

@zuriaty_musa

Mood raya lambat datang nak masuk karpet dobi dah tutup jom try cara ni. #cucikarpet #PersiapanRaya #kecohrayatiktok #FreeFireRaya

♬ Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim

Mudah sahaja bukan? Dengan bahan-bahan yang sememangnya mudah didapati, anda kini tidak perlu lagi bersusah-payah mengangkat karpet dan menghantarnya untuk dicuci di kedai.

Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.