fbpx
Now Reading
Isu Video Tular Di Kedai Karpet, Polis Nilai Akan Panggil Neelofa & PU Riz

Isu Video Tular Di Kedai Karpet, Polis Nilai Akan Panggil Neelofa & PU Riz

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/yukitamatashi/status/1389057281384345600

Sejak semalam nama pengacara dan usahawan sensasi, Neelofa dan suami, PU Riz sekali lagi menjadi topik hangat netizen selepas tular video mereka disebuah kedai karpet.

Video berkenaan yang dimuat naik Neelofa di IG Storynya kemudian mula dikongsikan di Twitter oleh netizen sebelum tular ke platform media sosial lainnya dengan ada yang mendakwa ianya berlaku di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Bersama video tersebut, turut tular beberapa foto mereka berdua sewaktu berada di kedai tersebut yang dimuat seorang pengguna Facebook yang dipercayai adalah pemilik kedai berkenaan.

Selain itu turut tular sekeping foto yang dipercayai diambil seorang netizen yang kebetulan berada di sana.

“Ada ni ha kat Nilai 3 tengah beli carpet jugak”

Perkongsian-perkongsian tersebut membuatkan orang ramai tertanya-tanya adakah pasangan berkenaan merentas negeri untuk ke kedai karpet berkenaan di Nilai, Negeri Sembilan atau sekadar berada di kedai mereka di Kuala Lumpur.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasat berhubung dakwaan tersebut.

Mereka akan memanggil pasangan selebriti tersebut untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Menurut Supt. Mohd Fazley Bin Ab Rahman  pasangan selebriti berkenaan akan dipanggil ke IPD Nilai untuk membantu siasatan

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai siasatan.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan kawalan Pergerakan Bersyarat (No4) 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.