“Kau Nak Ke Kerja Panas”- Ramai Kecam Wanita Warga Asing Kritik Imigresen Lakukan Operasi [Video]

Isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang datang ke Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu. Malah mereka ini tahu sahaja selok belok jalan tikus untuk memasuki negara ini.

Oleh itu, pelbagai operasi telah dilakukan pihak berkuasa untuk membanteras dan mengawal masalah kehadiran PATI di negara ini antaranya membuat penangkapan, menjaga sempadan negara agar tidak dicerobohi serta banyak lagi.

Apabila kes dapat ditangani, sebagai rakyat Malaysia sudah tentu kita berasa bangga dan memuji ketangkasan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas mereka demi menjaga keamanan serta keselamatan negara.

Wanita warga asing dikecam lepas persoal tindakan imigresen buat operasi

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita warga asing yang dikecam selepas bertindak mempersoalkan tindakan Jabatan Imigresen melakukan operasi penahanan PATI.

Dalam video tersebut, wanita itu seperti berang apabila terdapat netizen yang mengucapkan tahniah atas operasi yang dilakukan pihak imigresen.

“Tak semua warga asing menyalahi undang-undang. Kadang-kadang dia orang dah buat permit, tapi ejen kena tipu. Berapa ejen nak tipu permit, berapa ribu nak kena buat,” ujarnya dengan nada tegas, dipetik Kosmo.

Persoal adakah rakyat Malaysia sanggup buat kerja dilakukan warga asing

Malah di dalam video berkenaan dia turut menyoal adakah masyarakat mahu melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh warga asing.

“Kau nak ke kerja bangunan, kau nak ke kerja korek-korek longkang, kerja panas. Sekarang tu kelapa sawit terbengkalai di Pahang, kau nak ke buat. Tahniah kepada imigresenlah, inilah, itulah.

“Jangan kau pula bercinta dengan Bangla (Bangladesh). Eh orang sini kalau tak ada warga asing, nak jadi apa. Semua longkang terbengkalai, kelapa sawit terbengkalai. Nak ke kerja panas, ngada-ngada tahniahlah apalah,” jelasnya lagi di dalam video itu.

Video telah dipadam

Walau bagaimanapun, menerusi carian kami di TikTok, video tersebut telah dipadam oleh wanita berkenaan, namun ia dimuat naik semula oleh @adiwarna_alang.

Menerusi video itu, Adiwarna turut memaparkan klip rakaman Ahli Dewan Undangan (ADUN), Yang Berhormat Mohd Noor Helmy yang mengulas tentang rakyat Malaysia yang dikatakan malas bekerja.

Helmy dalam video tersebut telah menjelaskan bahawa rakyat tidak malas tetapi memerlukan gaji sesuai dengan keperluan mereka.

@adiwarna_alang

Credit 1:@reeny884 Credit 2:@mnhelmy

♬ original sound – Adiwarna – Adiwarna

Melihat di ruangan komen ramai yang mengecam tindakan wanita itu dan ada juga meminta agar pihak imigresen mencarinya.

Malah tidak kurang juga ramai bersetuju dengan ulasan diberi oleh Helmy di dalam video tersebut.

“Cari akak ni dulu yang lain kita kira kemudian”

“Ini baru betul YB berkhidmat untuk rakyat”

“Jaga-jaga kak nanti ada yang cari”

“Asalkan dapat duit untuk makan dan boleh simpan”

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

10 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago