Michelle Yeoh Selebriti Kelahiran Malaysia Yang Pertama Tersenarai Sebagai Penerima Bintang Di Hollywood Walk of Fame

Sebut sahaja nama Tan Sri Michelle Yeoh, pasti anda boleh membayangkan figura tempatan yang telah menempa nama di peringkat antarabangsa ini.

Antara filem lakonan beliau yang telah membawa namanya ke persada antarabangsa adalah seperti Memoirs of Geisha, Tomorrow Never Dies dan The Mummy: Tomb of The Dragon Emperor dan lain-lain lagi.

Pada Mac lalu, Michelle Yeoh melakar sejarah apabila menjadi pelakon kelahiran Malaysia yang pertama memenangi Anugerah Oscars sebagai pelakon wanita terbaik menerusi filem Everything Everywhere All At Once.

Baca Artikel Berkaitan: Tahniah! Michelle Yeoh Anak Kelahiran Malaysia Pertama Menang Anugerah Oscars

Tersenarai Sebagai Selebriti Yang Menerima Bintang Di Hollywood Walk of Fame

Kini sekali lagi, bintang kelahiran Ipoh, Perak itu mencipta nama dan mengharumkan nama Malaysia apabila tersenarai sebagai salah seorang artis yang menerima bintang di Hollywood Walk of Fame bagi kelas 2024.

Beliau merupakan antara 31 penerima bintang yang disenarai pendek daripada ratusan pencalonan yang diterima oleh pihak Hollywood Chamber of Commerce.

Selain Michelle Yeoh, antara selebriti yang turut tersenarai sebagai penerima bintang adalah pelakon Gal Gadot, Penyanyi Rap Dr. Dre dan juga pelakon Black Panther iaitu mendiang Chadwick Boseman menerusi pengumuman yang dibuat oleh pihak berkenaan pada 26 Jun di portal walkoffame.com.

Dengan pengumuman penerimaan bintang ini, ia menjadikan Michelle Yeoh sebagai selebriti kelahiran Malaysia yang pertama memperolehi nama di Hollywood Walk of Fame itu.

Untuk info, Hollywood Walk of Fame merupakan satu destinasi pelancongan yang popular di Los Angeles. Ia merupakan satu mercu tanda ikonik yang menyenaraikan bintang selebriti ternama antarabangsa.

Tidak hanya berperanan sebagai lokasi tarikan pelancong yang menyenaraikan nama-nama artis popular antarabangsa, malah ia juga simbol kepada kejayaan yang telah dikecapi oleh artis berkenaan dalam industri hiburan.

Baca Artikel Berkaitan: Michelle Yeoh Harumkan Nama Malaysia, Menang Pelakon Terbaik Di Anugerah Golden Globe

Baca Artikel Berkaitan: ‘Make Malaysian Proud’ – Michelle Yeoh Tercalon Pelakon Wanita Terbaik Oscar

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

18 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

19 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

19 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

19 hours ago