
Michelle Yeoh Harumkan Nama Malaysia, Menang Pelakon Terbaik Di Anugerah Golden Globe
Michelle Yeoh merupakan pelakon wanita pertama Malaysia yang berjaya meraih anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem Muzikal atau Komedi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja tentang pelakon wanita, Tan Sri Michelle Yeoh ini sudah tentu anda akan terbayangkan babak-babak lakonannya yang sering memukau penonton.
Malah bakat besarnya dalam bidang lakonan semakin berkembang hingga menjadi antara pelakon yang terkenal di Hollywood.
Michelle Yeoh lakar sejarah wanita pertama Malaysia terima anugerah Golden Globe
Terbaharu, anak kelahiran Ipoh ini sekali lagi melakar sejarah buat negara ini apabila menjadi pelakon wanita pertama di Malaysia yang menerima anugerah Golden Globe, pada 11 Januari lalu.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon yang berusia 60 tahun itu memenangi Pelakon Wanita Terbaik bagi Filem Muzikal atau Komedi untuk lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.
Tewaskan tiga calon lain termasuk Margot Robbie
Michelle Yeoh yang juga pelakon dalam filem Crazy Rich Asian ini, turut menewaskan empat calon pesaingnya yang juga bertanding dalam kategori yang sama seperti Lesley Manville (MRS Harris Goes to Paris), Anya Taylor-Joy (The Menu), Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande) dan Margot Robbie (Babylon).
Kemenangan aktres berkenaan turut menarik perhatian orang ramai termasuklah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang mengucapkan tahniah kepadanya.
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh di atas kemenangan sebagai Aktres Terbaik Anugerah Golden Globe ke-80!
— Kementerian Komunikasi dan Digital (@kkd_gov) January 11, 2023
Rakyat Malaysia pertama yang merangkul anugerah berprestij ini. Tentunya suatu penghormatan buat negara.
Sumber: YB @fahmi_fadzil #kementeriankomunikasidandigital#KKD pic.twitter.com/F9EYSjILI6
Sebelum ini, pelakon wanita itu menjadi wanita Asia pertama yang menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah National Board Review.
Malah pada Disember tahun lalu, bintang besar tersebut turut diangkat sebagai Ikon tahun 2022 bagi majalah Time.