fbpx
Now Reading
Wanita Lakar Sejarah, Jadi Calon Tertua Sertai Miss Universe Filipina Pada Usia 69 Tahun

Wanita Lakar Sejarah, Jadi Calon Tertua Sertai Miss Universe Filipina Pada Usia 69 Tahun

Rakan dan keluarga yang mengenali wanita warga emas itu tahu bahawa impiannya sejak dulu ingin menjadi seorang ratu cantik selain turut merasakan generasi muda akan mempelajari banyak perkara darinya seperti pengalaman hidup dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Acara pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe sering menjadi perhatian ramai bukan sahaja dari golongan wanita tetapi ia termasuklah lelaki.

Malah mereka yang mempunyai rupa paras yang cantik dengan tahap kebijaksanaan yang tinggi pasti mengimpikan untuk menjadi salah satu calon dalam pertandingan berprestij ini.

Wanita lakar sejarah apabila jadi wanita warga emas pertama sertai Miss Universe Filipina 2024

Kebiasaannya para peserta terdiri daripada wanita berusia sekitar awal 20-an. Walau bagaimanapun berbeza dengan seorang wanita ini apabila mencatat sejarah menjadi wanita warga emas pertama yang menyertai Miss Universe di Filipina.

Penyertaan wanita dikenali sebagai Jocelyn Cubales, 69, itu adalah untuk mewakili negeri Quezon City.

Pada beberapa tahun lalu, Miss Universe telah menghapuskan peraturan dari segi ketinggian dan umur untuk memasuki pertandingan tersebut.

Terima sokongan baik dari keluarga dan rakan

Berikutan daripada pengumuman Organisasi Miss Universe yang dibuat pada September 2023 itu, Jocelyn atau nama penuhnya Joyce Pilarsky Cubales terus membuat keputusan untuk menyertainya.

Malah dia menjadi lebih bersemangat dengan adanya sokongan daripada rakan dan keluarga.

Ini kerana, mereka yang mengenali wanita warga emas itu tahu bahawa sejak dahulu telah mengimpikan untuk menjadi ratu cantik.

Oleh itu, mereka menggalakan wanita berkenaan untuk menyertai pertandingan Miss Universe Filipina 2024 yang turut disertai sebanyak 15 calon untuk mewakili Quezon City.

“Memperkenalkan Jocelyn Cubales. Di usia 69 tahun, dia percaya bahawa generasi muda dapat mempelajari banyak perkara daripada pengalaman hidupnya. Dia memberikan cahaya kepada alam semesta,” tulis Miss Universe dalam hantaran di Facebook.

Permahkotaan untuk gelaran tersebut juga telah dijadualkan akan berlangsung pada 5 Februari.

Mahu diri menjadi inspirasi kepada wanita Filipina lain

Suami kepada wanita berkenaan yang juga penyanyi dan pelakon, Marc Cubales telah berkongsi bahawa motivasi isterinya untuk menyertai pertandingan tersebut adalah untuk ‘memberikan inspirasi kepada wanita Filipina lain dalam mengejar impian mereka’.

Sekiranya Jocelyn memenangi mahkota itu, mereka akan melakar satu sejarah di Miss Universe Filipina sebagai peserta tertua pertama yang memenangi pertandingan ratu cantik tersebut.

Menurut CNN Filipina, Jocelyn merupakan seorang pereka fesyen yang difahamkan terkenal di negara tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.