fbpx
Now Reading
“Gaza Jadi Penjara Terbuka Hampir 2 Dekad” – Angelina Jolie Kecam Tindakan Israel Serang Kem Pelarian Jabalia

“Gaza Jadi Penjara Terbuka Hampir 2 Dekad” – Angelina Jolie Kecam Tindakan Israel Serang Kem Pelarian Jabalia

Menurut Angelina Jolie, sekitar 40% daripada mangsa yang terbunuh adalah kanak-kanak tidak bersalah malah mereka turut dihukum dengan kekurangan sumber makanan dan ubat-ubatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui peperangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel bukanlah suatu perkara yang baharu.

Malah keadaan di sana dilihat semakin teruk apabila ia telah mengorbankan ribuan nyawa rakyat Palestin daripada pelbagai golongan termasuklah kanak-kanak, dan juga warga emas.

Oleh itu, orang ramai dari seluruh dunia ketika ini sedang menunjukkan solidariti mereka bersama Palestin dan mahu kekajaman yang dilakukan oleh Israel untuk dihentikan dengan segera.

Angelina Jolie kecam tindakan Israel bom kem pelarian Jabalia

Malah pelakon terkenal dari Amerika Syarikat, Angelina Jolie turut mengecam tindakan Israel yang bertindak membuat serangan udara terhadap kem pelarian Jabalia di Gaza pada beberapa hari lalu.

Lebih menyedihkan insiden tersebut telah mengorbakan ratusan penduduk di negara berkenaan.

Turut kongsi beberapa foto menunjukkan kehancuran rumah penduduk

Perkara itu dikongsikan bekas wakil khas Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Instagram miliknya.

Pelakon Mr and Mrs Smith itu turut berkongsi beberapa foto menunjukkan keadaan kediaman penduduk di Jabalia yang telah dihapuskan sepenuhnyasetelah dibedil oleh pesawat tentera penceroboh Israel.

“Ini adalah pengeboman disengajakan terhadap penduduk yang terperangkap, yang tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri. Gaza telah menjadi penjara terbuka selama hampir dua dekad dan kini tempat pengebumian beramai-ramai.

“40% daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak bersalah. Seluruh anggota keluarga dibunuh.

“Ketika dunia sedang memerhati dan dengan sokongan aktif pelbagai kerajaan, berjuta-juta rakyat Palestin – kanak-kanak, wanita, keluarga – tidak dibela dan dihina, sebaliknya dihukum dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” tulisnya, lapor BuletinTV3 dipetik Bernama (WAFA).

Sifatkan pemimpin dunia terlibat jenayah

Dia dalam masa sama turut menyifatkan pemimpin dunia juga terbabit dalam jenayah tersebut kerana tidak mahu menuntut untuk gencatan senjata kemanusiaan serta menyekat Majlis Keselamatan PBB.

Untuk makluman setakat ini hampir 9,000 mangsa telah terbunuh manakala seramai 22,000 cedera dalam pengeboman Israel yang berlaku sejak 7 Oktober lalu di Semenanjung Gaza.

Melihat di ruangan komen, ramai yang menyokong kenyataan dikeluarkan pelakon itu.

Malah mereka turut berterima kasih kerana telah menyatakan kebenaran mengenai apa yang sedang berlaku.

“Terima kasih kerana menyatakannya walhal kebanyakan pemimpin dunia masih takut untuk mengatakan mengenainya”

“Salah satu daripada segelintir wanita Amerika yang kuat untuk mempertahankan perkara yang benar, kami bangga dengan anda”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.