fbpx
Now Reading
‘Make Malaysian Proud’ – Michelle Yeoh Tercalon Pelakon Wanita Terbaik Oscar

‘Make Malaysian Proud’ – Michelle Yeoh Tercalon Pelakon Wanita Terbaik Oscar

Sebelum ini Michelle Yeoh telah membanggakan nama Malaysia selepas memenangi Anugerah Golden Globe dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia pasti mengenali pelakon terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh yang telah berjaya mencipta nama di dalam industri filem antarabangsa.

Malah anak jati kelahiran Ipoh, Perak itu baru-baru ini telah mengharumkan nama negara dengan meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh Harumkan Nama Malaysia, Menang Pelakon Terbaik Di Anugerah Golden Globe

Dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam anugerah Oscar

Terkini, beliau menerima pencalonan anugerah Oscar pula dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Hal ini sekaligus menyebabkan pelakon berusia 60 tahun itu menjadi rakyat Malaysia pertama yang dicalonkan dalam anugerah tersebut.

Antara calon lain dalam kategori itu ialah Cate Blanchett (Tar), Michelle Williams (The Fablemans), Ana de Armas (Blonde) dan Andrea Riseborough (To Leslie).

Michelle Yeoh dan Blanchett jadi bualan media sebagai pesaing utama anugerah tersebut

Michelle Yeoh dan Blanchett juga telah menjadi bualan hangat media sebagai pesaing utama untuk anugerah tersebut

Selain itu, filem Everything Everywhere All At Once turut mendapat beberapa pencalonan lain termasuk dalam katogeri Filem Terbaik.

Untuk info, Majlis Anugerah Akademi ke-95 itu akan diadakan pada 12 Mac depan di Teater Dolby, Los Angeles.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.