fbpx
Now Reading
Michelle Yeoh Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Jean Todt

Michelle Yeoh Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Jean Todt

Michelle Yeoh mula berkenalan bersama Jean Todt ketika di Shanghai pada 4 Jun 2004 sebelum bertunang pada 26 Julai tahun yang sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktres Hollywood yang juga anak kelahiran Ipoh, Perak iaitu Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya mengikat ikatan perkahwinan bersama tunangnya iaitu Jean Todt.

Berita gembira mengenai perkahwinan dua merpati sejoli itu dimaklumkan oleh bekas pemandu Formula One iaitu Felipe Massa menerusi Instagram rasminya.

19 tahun bertunang akhirnya berkahwin

Menerusi kad yang dipaparkan dalam hantaran itu menyatakan pasangan ini telah bertemu di Shanghai, China pada 4 Jun 2004.

Jean Todt kemudian telah melamar pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oscars 2023 ini pada 26 Julai tahun yang sama dan ia disambut baik oleh Yeoh.

Namun 19 tahun selepas lamaran itu mereka akhirnya mengakhiri pertunangan tersebut dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 27 Julai yang dihadiri oleh keluarga tercinta serta rakan-rakan di Geneva, Switzerland.

Cantik dengan busana warna cerah

Kelihatan pelakon Everything Everywhere All at Once yang berusia 60 tahun itu memakai busana berwarna krim cerah manakala Todt kelihatan segak dengan suit berwarna biru gelap.

Walau bagaimanapun, pasangan itu setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkahwinan mereka.

Todt merupakan seorang ahli perniagaan yang terkenal dalam sukan permotoran dan Formula One. Malah dia turut mengetuai Ferrari (bersama dengan Ross Brawn dan pemandu Michael Schumacher) ke beberapa kejohonan dunia.

Dia kemudian menjadi presiden FIA sehingga tahun 2021.

Yeoh pernah berkahwin sebelum berkenalan dengan Todt

Sebelum ini, Yeoh pernah berkahwin bersama ahli perniagaan dari Hong Kong iaitu Dickson Poon pada tahun 1988.

Namun perkahwinan itu tidak berpanjangan apabila bercerai pada tahun 1992 sebelum menjalinkan pertunangan bersama ahli kardiologi dari Amerika iaitu Alan Heldman pada tahun 1998.

Untuk makluman selain memenangi Pelakon Wanita Terbaik ketika acara 95th Academy Award (OSCAR 2023), anak kelahiran Malaysia ini juga pernah dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Terbaik ketika di Anugerah Golden Globe pada Januari lalu.

Bukan hanya itu Yeoh turut diangkat sebagai Ikon Tahun 2022 bagi majalah Time.

Beliau juga terkenal dalam beberapa filem lakonannya seperti Memoirs of Geisha, Tomorrow Never Dies, The Mummy: Tomb of The Dragon Emperor serta banyak lagi termasuklah menjadi suara latar dalam salah satu watak Minions: The Rise of Gru.

Baca artikel berkaitan: Michelle Yeoh Selebriti Kelahiran Malaysia Yang Pertama Tersenarai Sebagai Penerima Bintang Di Hollywood Walk of Fame

Baca artikel berkaitan: Tahniah! Michelle Yeoh Anak Kelahiran Malaysia Pertama Menang Anugerah Oscars

Baca artikel berkaitan: ‘Make Malaysian Proud’ – Michelle Yeoh Tercalon Pelakon Wanita Terbaik Oscar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.