King ‘Mendunia’! Dua Model Myvi 2018 Jadi Kereta Recon Di Jepun

Di Malaysia, terdapat banyak keluaran kereta antarabangsa seperti Toyota, Honda, BMW, Mercedes Benz yang dijual dan dikategorikan sebagai kereta ‘recon’.

Bagi yang tidak ketahui, kereta ‘recon’ bukanlah kereta baru, sebaliknya ia hanyalah kereta terpakai di luar negara atau recondition yang diimport masuk ke dalam Malaysia.

Pun begitu, pasti ramai yang tak menyangka bahawa kereta Malaysia yang terpakai juga ada dieksport keluar negara untuk dijual semula.

Myvi 2018 dijual di Jepun sebagai kereta recon

Seperti baru-baru ini, seorang influencer automotif daripada Indonesia telah berkongsi beberapa gambar Myvi generasi ketiga keluaran 2018 yang diiklankan di sebuah platform mencari kereta di Jepun iaitu carsensor.net.

Menerusi perkongsian gambar di akaun Instagram indra_fathan, Perodua Myvi Gen 3 2018 berwarna silver itu masih kelihatan cantik dan bersih.

Siapa sangka, kereta mesra rakyat yang begitu popular sehingga digelar ‘King’ di negara ini juga mendapat tempat di hati rakyat Negara Matahari Terbit itu.

“Macam kenal kereta ini. Tapi kenapa kawasan di sekeliling nampak berbeza. Orang Malaysia mungkin akan terkejut melihat gambar-gambar ini.

“Rupanya ini adalah Perodua Myvi 2018 terpakai dengan jarak perjalanan 14,000 kilometer pada harga 1.6 juta yen (RM53,294),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam hantaran yang sama, kelihatan gambar kereta Myvi model Advanced itu berlatar belakangkan suasana di negara Jepun.

Gambar: carsensor.net

Kekal seperti versi Malaysia, hanya media player diubah

Tidak hanya itu, bahagian dalaman kereta itu juga kekal seperti Perodua Myvi versi Malaysia, namun hanya paparan skrin sesentuh pemain media telah diubah kepada untuk menampilkan isi kandungan daripada Jepun seperti Peta, Radio dan sebagainya.

Gambar: carsensor.net
Gambar: carsensor.net

Myvi warna merah juga dijual di Jepun, harga RM56,650

Mengikut semakan kami pula, terdapat sebuah lagi kereta Myvi 2018 berwarna merah yang turut dijual di negara Jepun.

Pun begitu, Myvi merah ini dijual lebih mahal berbanding warna silver tersebut dengan harga 1.7 juta yen bersamaan RM56,650.

Gambar: carsensor.net
Gambar: carsensor.net

Jika sebelum ini, ramai orang beranggapan jenama Perodua hanyalah mengeluarkan kereta ‘rebadge’ daripada syarikat luar seperti Daihatsu dan Toyota, namun Myvi generasi ketiga ini sememangnya tampil berbeza.

Myvi generasi ketiga buatan penuh jurutera tempatan

Untuk info, reka bentuk dalaman dan luaran Myvi generasi ketiga yang dilancarkan pada tahun 2018 ini adalah hasil kerja jurutera tempatan dari syarikat Perodua sendiri.

Jika sebelum ini, Myvi generasi pertama dan kedua berbentuk agak pelik kerana mengikut selera Jepun, kali ini Myvi lebih memenuhi citarasa rakyat Malaysia sehingga diminati di negara luar.

BACA ATIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

16 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago