Setiap kali terlihat warga emas yang bertungkus lumus mencari rezeki sudah tentu kita tidak sampai hati melihatnya.
Apatah lagi apabila pekerjaan yang dilakukan oleh mereka itu adalah sesuatu yang berat dan memerlukan kudrat yang kuat.
Perkara ini samalah seperti satu video tular di TikTok ini yang memaparkan keadaan seorang pakcik yang masih gigih bekerja walau sudah meningkat usia.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @panggilmasjela atau dikenali sebagai Mastura, kelihatan pakcik itu sedang memesin rumput di kawasan rumahnya walaupun hari sudah hujan.
Apabila diminta untuk datang pada keesokan harinya kerana hujan, warga emas ini menolak kerana dia sudah mempunyai urusan lain.
Namun apabila terdengar bunyi guruh dia kemudian berlari ke kawasan hadapan rumah untuk berteduh. Melihat keadaan pakcik itu Mastura kemudian menghulurkan makanan kepadanya.
“Allah macam tahu-tahu je lapar ni, terima kasih nak,” kata pakcik itu.
Mereka juga sempat berbual dan pakcik itu memaklumkan dia tidak boleh memesin rumput di rumah Mastura pada esok hari kerana sudah mengambil upah kerja di ladang sawit.
Jawapan tersebut membuatkan Mastura kagum selain dia turut memuji kegigihan pakcik tersebut.
“Kuatnya kudrat beliau, katanya esok ada kerja sawit orang upah lagi. Alhamdulillah.
“Mana ya dia dapat tenaga pada usia begini,” ujar Mastura.
Sejuru hujan berhenti, pakcik itu kemudian menyambung semula kerjanya untuk memesin saki baki rumput yang tinggal dan pulang pada waktu maghrib.
“Semoga Allah sellau permudahkan urusannya dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik,” jelasnya.
Menurut Mastura, pakcik itu sebelum ini datang untuk memesin rumput dirumahnya namun mesinnya rosak maka dia datang pada hari seterusnya untuk menyelesaikan tugas yang berbaki.
Dia juga turut menjelaskan pakcik itu merupakan rakan kepada bapa mentuanya.
Melihat di ruangan komen, ramai sebak melihat kegigihan pakcik tersebut dalam mencari rezeki walau usianya sudah tua.
Malah ia turut membuatkan mereka teringat kepada kedua ibu bapa yang berada di kampung.
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…
Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…
Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…
Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…
Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…