fbpx
Now Reading
Ramai Sebak Lihat Warga Emas Masih Gigih Mesin Rumput Walau Sudah Meniti Usia [Video]

Ramai Sebak Lihat Warga Emas Masih Gigih Mesin Rumput Walau Sudah Meniti Usia [Video]

Menurut Mastura, walaupun hari hujan tetapi pakcik itu tetap meneruskan kerjanya untuk memesin rumput tersebut dan hanya masuk berteduh apabila guruh berbunyi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali terlihat warga emas yang bertungkus lumus mencari rezeki sudah tentu kita tidak sampai hati melihatnya.

Apatah lagi apabila pekerjaan yang dilakukan oleh mereka itu adalah sesuatu yang berat dan memerlukan kudrat yang kuat.

Walau usia sudah tua, pakcik masih gigih mesin rumput cari rezeki

Perkara ini samalah seperti satu video tular di TikTok ini yang memaparkan keadaan seorang pakcik yang masih gigih bekerja walau sudah meningkat usia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @panggilmasjela atau dikenali sebagai Mastura, kelihatan pakcik itu sedang memesin rumput di kawasan rumahnya walaupun hari sudah hujan.

Tak mahu berhenti walau terpaksa mesin rumput dalam hujan

Apabila diminta untuk datang pada keesokan harinya kerana hujan, warga emas ini menolak kerana dia sudah mempunyai urusan lain.

Namun apabila terdengar bunyi guruh dia kemudian berlari ke kawasan hadapan rumah untuk berteduh. Melihat keadaan pakcik itu Mastura kemudian menghulurkan makanan kepadanya.

“Allah macam tahu-tahu je lapar ni, terima kasih nak,” kata pakcik itu.

Rupanya esok sudah ambil upah kerja di ladang sawit

Mereka juga sempat berbual dan pakcik itu memaklumkan dia tidak boleh memesin rumput di rumah Mastura pada esok hari kerana sudah mengambil upah kerja di ladang sawit.

Jawapan tersebut membuatkan Mastura kagum selain dia turut memuji kegigihan pakcik tersebut.

“Kuatnya kudrat beliau, katanya esok ada kerja sawit orang upah lagi. Alhamdulillah.

“Mana ya dia dapat tenaga pada usia begini,” ujar Mastura.

Berharap urusan pakcik mesin rumput dipermudahkan

Sejuru hujan berhenti, pakcik itu kemudian menyambung semula kerjanya untuk memesin saki baki rumput yang tinggal dan pulang pada waktu maghrib.

“Semoga Allah sellau permudahkan urusannya dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik,” jelasnya.

Menurut Mastura, pakcik itu sebelum ini datang untuk memesin rumput dirumahnya namun mesinnya rosak maka dia datang pada hari seterusnya untuk menyelesaikan tugas yang berbaki.

Dia juga turut menjelaskan pakcik itu merupakan rakan kepada bapa mentuanya.

@panggilmasjela

Beliau kemarin dah mesin rumput.. tgh mesin dah nak habis rumput mesinnya rosak, dia dtg harini nak habiskan tugasannya 🥺 btw, kite tak panggil beliau tapi dia kawan kpd pak mertua kite upah memesin.. sebelum ni org mesin rumput bukan seusia dia muda gagah perkasa tapi tiada org mesin dan dia sendiri nak 🥹 ya Allah kau permudahkan urusannya dan berilah kesihatan tubuh badan yg sihat utknya ✨ #pakcikbaik

♬ Sampai Menutup Mata _Acha Septriasa – You This Tira

Melihat di ruangan komen, ramai sebak melihat kegigihan pakcik tersebut dalam mencari rezeki walau usianya sudah tua.

Malah ia turut membuatkan mereka teringat kepada kedua ibu bapa yang berada di kampung.

“Aku tak bolehlah benda-benda macam ni, mata auti berair ingat abah dekat kampung”

“Rindu arwah ayah, kuat kudrat seorang ayahkan untuk cari rezeki dalam membesarkan anak-anak. Sayangnya Allah lebih menyanyanginya..”

“Auto nangis dik, ya Allah”

“Saya tiap kali orang datang mesin rumput macam ni, pasti buatkan air untuknya. Bagi makan tak kira apa yang ada”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.