Wanita Beri Tips RM300, Sebak Penghantar Makanan OKU Tetap Cari Rezeki Ketika Hujan [Video]
Menurut wanita itu, penghantar makanan OKU terbabit seharusnya dijadikan contoh buat individu-individu lain agar tidak malas dalam mencari rezeki.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di saat ketidaktentuan ekonomi dunia ini, pasti pelbagai cara yang digunakan oleh ramai orang untuk mencari rezeki termasuk dengan melakukan pekerjaan sambilan seperti menjadi penghantar barangan atau makanan.
Malah, ada yang menjadikan pekerjaan sedemikian sebagai mata pencarian utama atas sebab-sebab tertentu.
Bagi golongan sebegini, pasti tidak kira cuaca panas atau hujan lebat, tetap meredah jalan raya demi mencari rezeki yang halal.
Wanita terharu, penghantar makanan tetap hantar pesanan di saat hujan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang usahawan dan influencer wanita meluahkan perasaan terharunya terhadap penghantar makanan yang tetap menghantar pesanannya meskipun dalam keadaan hujan lebat.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @sugardollbynn, wanita terbabit juga memberikan tips kepada penghantar makanan tersebut sebanyak RM300.
“Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, akak percaya selagi mana kita berusaha, selagi itu Allah akan hadirkan bantuan dan izinkan kita menuai hasil usaha kita, yang penting jangan malas,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Penghantar makanan tetap cari rezeki di saat hujan rupanya OKU
Lebih mengharukan, apabila wanita tersebut mendedahkan rider lelaki yang menghantar makanan kepada merupakan orang kurang upaya (OKU).
Menurutnya, penghantar makanan OKU terbabit seharusnya dijadikan contoh buat individu-individu lain agar tidak malas dalam mencari rezeki.
“Yang mana macam biawak hidup, banyak alasan. Akak doakan korang jadi malu dengan diri sendiri sebab abang ini yang OKU lagi rajin dari kita yang sempurna,” katanya lagi.
Netizen pakat sebak, rupanya ramai rider yang tetap hantar makanan ketika hujan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut merasa sebak melihat penghantar makanan OKU tersebut yang tetap gigih mencari rezeki tanpa mengira keadaan cuaca.
Malah, ada juga segelintir netizen yang turut berkongsi pengalaman sama sebagai penghantar makanan yang tidak hiraukan keadaan cuaca hujan lebat demi mencari sesuap nasi.
Kadang kita terlalu mengeluh dengan kehidupan kita yang sederhana sedangkan masih ramai yang jauh lebih susah namun tidak mengeluh.
Semoga bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dapat melatih diri kita untuk lebih bersyukur dan berkongsi rezeki yang ada.