Tudung merupakan aksesori yang biasa dipakai khususnya buat wanita yang beragama Islam. Di negara ini, gaya tudung yang sering menjadi pilihan utama adalah tudung bawal.
Ini menjadikan si pemakai nampak lebih muda dan ‘kurus’ berbanding pemilihan selendang. Namun, mood seseorang boleh rosak sekiranya ‘awning’ tudung bawal tidak memberikan kerjasama kepada si pemakai.
Oleh itu, mari kami kongsikan lima jenis fabrik kain tudung bawal yang senang bentuk dan pastinya akan memudahkan hari-hari anda. Tiada lagi masalah moody atau bad mood kalau tudung anda tidak sempurna!
Kain cotton atau kapas merupakan kain yang sudah tidak asing lagi dengan tudung bawal. Kain ini mudah didapati di pasaran dengan harga yang murah.
Tudung jenis cotton amat mudah untuk digayakan, senang terbentuk dan bersifat sejuk. Malah, ia juga terletak elok dan kemas jika digayakan dengan pelbagai fesyen.
Jenis kain ini amat sesuai untuk kegunaan harian memandangkan sifatnya yang tidak licin dan lembut serta flowy.
Kain Japanese Cotton Voile merupakan kain cotton yang bersifat premium. Sifatnya tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut menjadikan ia mudah dibentuk dan tidak senang berkedut.
Oleh kerana jenis kainnya berasal daripada cotton premium, harga yang dijual di pasaran adalah lebih mahal berbanding harga tudung cotton biasa.
Namun, tudung daripada fabrik ini masih lagi mampu dimiliki oleh kerana harganya yang berpatutan.
Antara semua tudung, ini menjadi pilihan utama penulis.
Ultrafine Voile Premium merupakan jenis fabrik yang eksklusif dan premium. Tudung bawal yang dibuat daripada bahan ini sukar didapati dan kebiasaannya harga yang dijual adalah sedikit mahal berbanding jenis tudung yang lain.
Fabrik jenis ini mempunyai keseimbangan dari segi kelembutan dan kekerasan di mana ia tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
Selain daripada jenis cotton, tudung bawal yang diperbuat daripada chiffon voile juga menjadi pilihan wanita sebagai kegunaan harian.
Ini kerana sifatnya yang ringan dan mudah terbentuk selesa dipakai untuk pelbagai aktiviti harian. Sekiranya anda tidak suka tudung bawal jenis cotton, anda boleh memilih fabrik ini sebagai pengganti.
Tudung bawal yang diperbuat daripada jenis satin silk juga merupakan antara tudung yang sering menjadi pilihan wanita pada masa kini.
Kebiasaannya, tudung bawal daripada bahan ini dipakai ketika acara istimewa kerana sifatnya yang kelihatan mewah.
Harga bagi tudung jenis ini adalah berbeza di pasaran bergantung kepada kualiti satin silk tersebut.
Anda disarankan untuk memilih satin silk yang sedikit mahal supaya apabila anda memakainya, anda tidak berasa ‘pekak’ atau kurang dengar ketika menggayakan tudung bawal daripada bahan ini.
Bagi penulis, kesemua material yang disenaraikan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Namun, apa yang pasti, setiap jenis fabrik yang disenaraikan memang mudah bentuk dan tidak akan merosakkan mood anda.
Walaubagaimanapun, segalanya bergantung kepada diri sendiri untuk menilai mengikut keselesaan masing-masing asalkan aurat dapat ditutup dengan sempurna.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Mudah Penjagaan Rambut Khusus Untuk Wanita Bertudung
Baca Artikel Berkaitan: 11 Cara Penjagaan Baju Yang Betul, Barulah Pakaian Tahan Lebih Lama!
Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…
Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…
Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…
Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…