fbpx

Ini Tips Mudah Penjagaan Rambut Khusus Untuk Wanita Bertudung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap wanita pastinya mengimpikan memiliki rambut yang sihat bahkan menawan, begitu juga keinginan wanita berhijab.

Biarpun memakai tudung hampir seharian, namun tidak semestinya perlu mengabaikan rambut korang tanpa penjagaan yang rapi.

Jangan hanya menjaga penampilan luaran sahaja, tapi penjagaan rambut juga perlu diambil berat.

Ikuti tips penjagaan rambut yang kami kongsikan ini agar tiada lagi masalah keguguran, kelemumur atau berkutu sekalipun. Jom cuba!

PEMILIHAN SHAMPOO

  • Korang boleh gunakan shampoo sebanyak dua atau tiga hari sekali pun sudah memadai. Tapi korang wajib tahu shampoo yang mana sesuai dengan kulit kepala korang sebab setiap orang mempunyai masalah yang berbeza-beza.

CONDITIONER

  • Untuk conditioner, jangan pakai hingga terkena kulit kepala tau! Sebab boleh buat rambut korang berminyak dan kelemumur.
  • Conditioner boleh guna setiap hari sebab dia dapat melembutkan rambut.

GUNAKAN SERUM KHAS UNTUK RAMBUT

  • Walaupun dah cuci, tapi serum juga perlu untuk rambut kita.
  • Korang hanya sapukan pada bahagian rambut saja, tak perlu sampai ke kulit kepala.
  • Serum rambut untuk memberikan vitamin agar rambut tumbuh lebih sihat.

TONIC RAMBUT

  • Kalau korang ada masalah rambut gugur, kelemumur dan sebagainya. Kami sarankan untuk korang guna.
  • Cara memakai tonic rambut ini, boleh dipakai pada bahagian kulit kepala sahaja sebab fungsinya adalah untuk menguatkan akar rambut selain membantu menambahkan rambut
  • Boleh digunakan ketika rambut korang masih basah atau kering.

TREATMENT RAMBUT

  • Untuk korang yang rajin, bolehlah cuba treatment scalp/hair. Tapi disarankan cari salon yang sesuai dengan budget korang juga tau!
  • Treatment scalp itu untuk mengurangkan masalah kelemumur dan keguguran rambut. Manakala, treatment rambut untuk mengurangkan masalah rambut kering dan juga kusut.

TIPS BONUS UNTUK JAGA RAMBUT DARI AWAL

  • Jangan sesekali ikat rambut terlalu ketat (sebab akan merosakkan rambut korang dan cepat migraine)
  • Untuk korang yang berhijab, pastikan tak ikat rambut ketika rambut masih basah (boleh sebabkan bau kepam selain asyik gatal di bahagian kepala)
  • Pastikan korang sikat rambut sambil duduk (mudahkan korang untuk menyikat rambut saja, hehhe…)
  • Sentiasa tukar inner tudung korang (nanti habislah rambut ada bau busuk ikut)
  • Pakai tudung jenis fabric yang ringan (supaya korang rasa selesa dan nyaman ketika pakai tudung)
  • Elakkan pakai minyak zaitun atau apa-apa jenis minyak sebab ia akan buat rambut korang berbau dan berminyak (kalau duduk dekat rumah je tak mengapa kot)

Haa… tu saja tips yang kami dapat kongsikan kepada korang khususnya para wanita berhijab, perlu penjagaan yang rapi untuk rambut kesayangan korang.

Walaupun rambut gugur terlihat seperti perkara biasa. Tetapi, kalau keadaan rambut kelihatan nipis dan semakin botak, korang perlu dapatkan nasihat dari doktor pakar atau boleh saja rujuk pada pakar rambut yang boleh dipercayai.

Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.