Sayur cendawan tidak dinafikan mempunyai rasa yang sedap dan menjadi makanan kegemaran bagi segelintir individu yang menyukainya.
Malah sayur ini juga boleh dimakan atau dimasak dengan pelbagai cara contohnya digoreng, dimasak sup dan sebagainya.
Namun tahukah anda yang sebenarnya tidak semua cendawan boleh dimakan kerana ada yang mempunyai racun dan boleh membahayakan kesihatan sehingga membawa maut.
Baru-baru ini, tulah satu video di TikTok memaparkan luahan seorang suri rumah yang memasak tumbuhan itu sebagai hidangan makanan tengah hari tanpa mengetahui ia adalah cendawan beracun.
Menerusi video dimuat naik oleh @mas.ita, awalnya suami wanita itu telah memetik cendawan yang tumbuh di tepi rumah dan jumlahnya tidaklah banyak sekitar 10 batang sahaja.
Dia kemudian mengambil cendawan itu dan merakam proses memasak tumbuhan tersebut kerana ingin membuat konten.
“Bila aku teliti cendawan tu, dia macam cendawan busut tapi bukan. Aku tengok dia gebu macam pau dan lembut sangat.
“Manakala bahagian bawahnya pula berwarna hijau pucat, korang tengok ya dan kenal pasti. Cendawan ni dia ada cincin dekat tengah-tengah,” jelasnya.
Kata Mas awalnya dia berasa ragu-ragu namun tetap memasak cendawan tersebut.
Ini kerana dia sudah lama tidak makan cendawan selain menyatakan tiada seekor ulat didapati berada pada cendawan berkenaan.
Ujarnya semasa memasak dia menyedari kuah pada hidangan itu berubah warna hijau pucat.
“Lepas tu aku pun rasa, dia punya rasa okay dan sedap macam cendawan busut.”
Sebaik sahaja memakan cendawan tersebut keluarga itu khususnya si suami berasa sakit dan baru menyedari tumbuhan terbabit beracun.
Suaminya kemudian menyuruh Mas untuk membuang cendawan tersebut sebelum ia di makan anak-anak yang lain.
“Aku panik suami lemah longlai tak boleh nak pandu kereta semua, aku terus telefon 999.
“Aku minta tolong sangat dekat korang untuk kongsi video aku ni dan sebarkan supaya kita semua dapat kenal pasti cendawan mana boleh makan dan yang mana tak boleh makan,” katanya.
Dia turut menjelaskan selain suami anaknya turut dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
“Semoga memberi pengajaran buat kita semua, agar kita dapat kenal pasti cendawan yang boleh makan dan tidak boleh makan. Sangat bahaya, muntah sampai nak pengsan, lemah longlai.
“Suami teruk sikit sebab makan banyak, anak disuap sedikit dan saya makan sikit,” tulisnya di ruang kapsyen.
Untuk makluman, terdapat 5,000 spesies cendawan namun hanya 10% darinya yang boleh dijadikan sebagai makanan.
Malah menurut Public Health Malaysia pada tahun 2020 sebanyak 157 kes keracunan cendawan telah dilaporkan di Pusat Racun Negara pada tahun 2006 hingga 2014 dan kebanyakannya melibatkan golongan dewasa.
Antara gejala yang berlaku adalah rasa loya, muntah, cirit-birit dan juga sakit perut.
Ia kebiasaannya berlaku dalam tempoh tiga jam selepas pengambilan cendawan.
Menjengah ke ruang komen, ramai yang mendoakan agar Mas dan keluarganya cepat sembuh.
Malah ada juga yang menyatakan kebiasaannya cendawan yang tidak mempunyai serangga adalah beracun.
Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…
Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…
Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…
Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…
Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham empat individu dari 15 yang ditahan akan dituduh di…