fbpx
Now Reading
Longlai Hingga Terpaksa Hubungi 999, Wanita Kongsi Pengalaman Suami Termakan Cendawan Beracun [Video]

Longlai Hingga Terpaksa Hubungi 999, Wanita Kongsi Pengalaman Suami Termakan Cendawan Beracun [Video]

Menurut Mas, selepas memakan cendawan tersebut suaminya lemah longlai sehingga membuatkan dia panik dan menelefon ambulans untuk dibawa ke hospital.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sayur cendawan tidak dinafikan mempunyai rasa yang sedap dan menjadi makanan kegemaran bagi segelintir individu yang menyukainya.

Malah sayur ini juga boleh dimakan atau dimasak dengan pelbagai cara contohnya digoreng, dimasak sup dan sebagainya.

Namun tahukah anda yang sebenarnya tidak semua cendawan boleh dimakan kerana ada yang mempunyai racun dan boleh membahayakan kesihatan sehingga membawa maut.

Suri rumah tak tahu cendawan dimasak tumbuhan beracun

Baru-baru ini, tulah satu video di TikTok memaparkan luahan seorang suri rumah yang memasak tumbuhan itu sebagai hidangan makanan tengah hari tanpa mengetahui ia adalah cendawan beracun.

Menerusi video dimuat naik oleh @mas.ita, awalnya suami wanita itu telah memetik cendawan yang tumbuh di tepi rumah dan jumlahnya tidaklah banyak sekitar 10 batang sahaja.

Rakam proses masak kerana nak buat konten

Dia kemudian mengambil cendawan itu dan merakam proses memasak tumbuhan tersebut kerana ingin membuat konten.

“Bila aku teliti cendawan tu, dia macam cendawan busut tapi bukan. Aku tengok dia gebu macam pau dan lembut sangat.

“Manakala bahagian bawahnya pula berwarna hijau pucat, korang tengok ya dan kenal pasti. Cendawan ni dia ada cincin dekat tengah-tengah,” jelasnya.

Kata Mas awalnya dia berasa ragu-ragu namun tetap memasak cendawan tersebut.

Ini kerana dia sudah lama tidak makan cendawan selain menyatakan tiada seekor ulat didapati berada pada cendawan berkenaan.

Kuah bertukar warna hijau pucat selepas dimasak

Ujarnya semasa memasak dia menyedari kuah pada hidangan itu berubah warna hijau pucat.

“Lepas tu aku pun rasa, dia punya rasa okay dan sedap macam cendawan busut.”

Sebaik sahaja memakan cendawan tersebut keluarga itu khususnya si suami berasa sakit dan baru menyedari tumbuhan terbabit beracun.

Suami minta buang hidangan cendawan lepas tahu ia beracun

Suaminya kemudian menyuruh Mas untuk membuang cendawan tersebut sebelum ia di makan anak-anak yang lain.

“Aku panik suami lemah longlai tak boleh nak pandu kereta semua, aku terus telefon 999.

“Aku minta tolong sangat dekat korang untuk kongsi video aku ni dan sebarkan supaya kita semua dapat kenal pasti cendawan mana boleh makan dan yang mana tak boleh makan,” katanya.

Dia turut menjelaskan selain suami anaknya turut dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Semoga memberi pengajaran buat kita semua, agar kita dapat kenal pasti cendawan yang boleh makan dan tidak boleh makan. Sangat bahaya, muntah sampai nak pengsan, lemah longlai.

“Suami teruk sikit sebab makan banyak, anak disuap sedikit dan saya makan sikit,” tulisnya di ruang kapsyen.

@mas.ita

semoga memberi pengajaran buat kita semua,agar kita dapat kenal pasti cendawan yg boleh mkn & tidak boleh makan,sangat bahaya muntah sampai nk pengsan,lemah longlai,suami teruk sikit sbb makan banyak,anak disuap sedikit& sy mkn sikit#fypシ #tiktokviral#cendawan#cendawangoreng #MYFoodie

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Hanya 10% cendawan yang boleh dimakan

Untuk makluman, terdapat 5,000 spesies cendawan namun hanya 10% darinya yang boleh dijadikan sebagai makanan.

Malah menurut Public Health Malaysia pada tahun 2020 sebanyak 157 kes keracunan cendawan telah dilaporkan di Pusat Racun Negara pada tahun 2006 hingga 2014 dan kebanyakannya melibatkan golongan dewasa.

Antara gejala yang berlaku adalah rasa loya, muntah, cirit-birit dan juga sakit perut.

Ia kebiasaannya berlaku dalam tempoh tiga jam selepas pengambilan cendawan.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang mendoakan agar Mas dan keluarganya cepat sembuh.

Malah ada juga yang menyatakan kebiasaannya cendawan yang tidak mempunyai serangga adalah beracun.

“Allahuakbar semoga sis, suami dan anak cepat sembuh”

“Pokok keladi pun tak semua boleh makan, tanya orang tua dulu-dulu”

“Cendawan beracun kebanyakannya ada cincin dekat batang cendawan, dan tak akan ada serangga pun dekat cendawan tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.