Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut dan muntah pada keesokan harinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui setiap peniaga yang menjual makanan perlu menghadiri kursus untuk mengetahui cara pengendalian yang betul.
Oleh itu, peniaga perlu memastikan makanan serta persekitaran premis perlulah berada dalam keadaan yang bersih dan berkualiti.
Ini kerana, makanan yang tidak dikendalikan dengan betul dan bersih akan menyebabkan berlakunya keracunan makanan dan lebih parah ia juga boleh meragut nyawa pelanggan.
Pemuda meninggal dunia selepas makan shawarma ayam
Baru-baru ini, seorang pemuda berusia 19 tahun meninggal dunia selepas memakan ‘Shawarma Ayam’ yang dibelinya di sebuah kedai di Mumbai, India.
Ekoran daripada kejadian menimpa pemuda berkenaan, polis telah bertindak menahan dua orang peniaga, lapor NDTV.
Pemuda yang dikenali sebagai Prathamesh Bhokse difahamkan telah membeli shawarma berkenaan pada 3 Mei lalu.
Alami sakit perut dan muntah sebelum dibawa ke hospital
Dia kemudian mula mengalami sakit perut serta muntah pada keesokan harinya (4 Mei) lalu dibawa ke hospital daerah untuk mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Namun selepas pulang ke rumah, Prathamesh masih berasa sakit dan dia sekali lagi dibawa ke hospital lain pada 5 Mei.
Jelas polis, doktor yang merawat pemuda berkenaan kemudiannya membenarkan dia pulang.
Walau bagaimanapun, keadaan Pratamesh menjadi lebih teruk sebelum dia dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan lanjut.
Lelaki dibawa ke hospital beberapa kali ekoran masih belum sihat
Pihak berkuasa hospital kemudiannya mengambil keputusan untuk melaporkan isu tersebut kepada polis selepas pemeriksaan dilakukan.
“Lelaki berkenaan tidak pulih daripada keadaannya dan meninggal dunia pada Isnin (6 Mei),” katanya.
Ekoran itu, polis kemudian menahan dua peniaga iaitu Anand Kamble dan Ahmed Sheikh sebelum mendakwa mereka beberapa kesalahan di bawah seksyen Indian Penal Code.