fbpx
Now Reading
Boleh Bawa Maut Jika Dimakan! Ini Cara Kenali Cendawan Beracun

Boleh Bawa Maut Jika Dimakan! Ini Cara Kenali Cendawan Beracun

Salah satu petanda cendawan itu beracun adalah insangnya yang berwarna putih dan bukannya merah jambu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular kisah seorang lelaki yang jatuh sakit selepas isterinya memasak lauk cendawan untuk makan tengah hari.

Menurut si isteri, dia tidak menyedari tumbuhan yang dijumpai dan dipetik oleh suaminya itu adalah cendawan beracun.

Namun sebelum memasak cendawan tersebut, wanita berkenaan sempat membuat video dan agak ragu-ragu dengan keadaan tumbuhan itu kerana bahagian bawahnya berwarna hijau pucat.

Sebaik sahaja memakan cendawan tersebut, keluarga itu khususnya si suami berasa sakit dan baru menyedari tumbuhan terbabit beracun.

Baca artikel berkaitan: Longlai Hingga Terpaksa Hubungi 999, Wanita Kongsi Pengalaman Suami Termakan Cendawan Beracun [Video]

Kenali Tanda-tanda Cendawan Beracun Yang Perlu Dielakkan

Secara ringkasnya, sayur cendawan yang kaya dengan khasiat vitamin D serta antioksidan merupakan salah satu hidangan yang sering dijadikan hidangan sama ada ia digoreng, dimasak sup atau sebagainya.

Namun, bukan semua cendawan yang boleh dimakan kerana ada sesetengah tumbuhan ini yang beracun dan berisiko untuk membawa maut jika dimakan.

Bagi mengelakkan daripada anda termakan cendawan beracun, jom kami kongsikan beberapa petanda untuk anda mengenalinya.

Antaranya:

#1 Berbentuk Topi Berwarna Merah Terang

Sumber: Quora

Cendawan yang mempunyai bentuk seakan-akan topi berwarna merah adalah salah satu petanda bahawa ia adalah tumbuhan beracun yang boleh memberikan kesan halusinasi kepada individu yang memakannya.

#2 Mempunyai Selaput Putih Pada Pangkal Batang Di Dalam Tanah

Sumber: King 5 News

Salah satu cara untuk mengenal pasti cendawan itu beracun atau tidak adalah dengan menggali sedikit hingga ke pangkal cendawan dalam tanah. Cendawan beracun mempunyai selaput putih dikenali sebagai volva yang boleh membawa risiko maut.

#3 Mempunyai Insang Berwarna Putih

Sumber: Public Health Malaysia

Bagi cendawan yang boleh dimakan, kebiasaannya mempunyai insang berwarna merah jambu. Namun bagi cendawan beracun, insangnya akan berwarna putih.

#4 Tanda Cendawan Beracun: Mempunyai Cincin Pada Batang Cendawan

Sumber: Remaja

Ada sesetengah cendawan mempunyai cincin atau nama saintifiknya ‘annulus‘ pada bahagian batang. Ia bagi melindungi insang sebelum cendawan menjadi matang. Namun cendawan yang bercincin seperti ini adalah beracun dan tidak sesuai untuk dimakan.


Apa Akan Berlaku Kalau Anda Termakan Cendawan Beracun?

Toksin atau racun pada cendawan liar boleh menyebabkan beberapa kesan pada tubuh badan manusia sekiranya dimakan antaranya:

  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Kecelaruan fikiran
  • Halusinasi
  • Sawan
  • Gangguan koordinasi otot
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Kegagalan buah pinggang
  • Maut

Sekiranya anda termakan cendawan beracun, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor.

Baca artikel berkaitan: 

KKM Sahkan Bahan Beracun Dalam Kopi Panggung Al Ambiak Boleh Hentikan Jantung

KKM Nafi Produk Palsu Boleh Ganti Insulin Untuk Rawat Penyakit Diabetes

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.