
Nak Berbelanja Tapi Takut Terlebih Bajet? Ini Cara Kumpul Sinking Fund
Bajet perbelanjaan dapat dirancang dengan lebih awal melalui simpanan di dalam sinking fund.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kita semua pasti ada merancang untuk beli sesuatu barang atau pergi jalan-jalan, kan? Nak realisasikan impian ini, mestilah kena kumpul duit dulu.
Selalunya kita akan hasilkan tabung-tabung yang berkaitan seperti untuk travel, beli telefon baru ataupun buat jamuan hari jadi anak.
Sebenarnya, dana dikumpul untuk perbelanjaan yang anda telah kita rancang ini digelar sebagai dana tenggelam atau ‘sinking fund’.
Seorang pengguna laman X, Nur Aimuni (@nuuraimuni) telah membuat satu hantaran mengenai sinking fund.
Antara sinking fund yang dirancang olehnya adalah bagi tujuan melancong, membeli kereta, menyambut hari raya dan hari jadi, serta melakukan ibadah korban.
Sinking Fund Berbeza Dengan Emergency Fund
Secara asasnya, orang ramai akan menyimpan tabung kecemasan atau emergency fund yang dapat digunakan bagi sebarang perkara yang tidak dijangka.
Namun menurut Nur Aimuni, sinking fund dan emergency fund adalah dua perkara berbeza. Tidak seperti sinking fund yang disimpan bagi perbelanjaan yang pasti dilakukan, emergency fund disediakan untuk tujuan kecemasan seperti kereta rosak atau mengalami kecederaan.
Dia juga mencatatkan sasaran simpanan dan tarikh sinking fund tersebut akan digunakan. Perkara ini penting supaya anda dapat mencapai sasaran sebelum waktu perbelanjaan akan dilakukan.
Sinking Fund tu apa?
— Nur Aimuni (@nuuraimuni) January 2, 2024
Sinking fund ialah dana dikumpul sikit-sikit, dengan tujuan tertentu dalam setahun.
Maksudnya tiap bulan kita asingkan sikit duit untuk pembelanjaan yang akan datang sekali setahun tu.
Contoh sinking fund yg I plan. Ada travel, raya, birthday. https://t.co/Qpf2fc5OCF pic.twitter.com/xXDu75p6ji
Bagaimana Kumpul Sinking Fund
Kalau kita simpan duit di dalam sinking fund, macam mana nak pastikan kita tidak terguna simpanan tersebut? Bagi tujuan ini, sinking fund disarankan supaya disimpan di dalam akaun berbeza yang tidak digunakan untuk perbelanjaan harian atau semasa.
Sebagai contoh, aplikasi MAE mempunyai fungsi Tabung yang akan mengasingkan sinking fund dengan wang simpanan.
Malah, seorang pengguna laman X berkata sinking fund boleh dibuat melalui fungsi Target Labur di dalam aplikasi myASBN. Selain daripada dapat menyimpan duit, pengguna juga akan menerima dividen!

Baca Artikel Berkaitan: Dividen ASB Tahun 2023 Naik Kepada 5.25 Sen Seunit
Baca Artikel Berkaitan: Cara Pindah Duit Ke ASB Secara Online Tanpa Sebarang Caj Tambahan
Catat Sinking Fund Dengan Jelas
Apabila anda mula menabung bagi sinking fund, jangan lupa untuk buat catatan berkenaannya. Anda juga boleh mengira jumlah yang diperlukan dan dibahagikan dengan tempoh masa simpanan dilakukan.
Sebagai contoh, jika anda memerlukan RM1,200 untuk tujuan memperbaharui cukai jalan kereta tahun depan, anda boleh menyimpan sebanyak RM100 sebulan.
Jangan lupa juga untuk mencatat baki yang masih diperlukan bagi mencapai target sinking fund anda. Catatan sebegini boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah seperti:
- Microsoft Excel
- Aplikasi pengurusan wang
- Aplikasi bank yang mempunyai fungsi sinking fund
- Di dalam buku catatan, planner atau jurnal
Tips serupa turut dikongsikan seorang pengguna TikTok @theeditgroupsdnbhd. Rujuk video di bawah.
@theeditgroupsdnbhd Sinking fund untuk next year! Korang dah start ke belum? #sinkingfund #caraurusgaji #budgetplanner #budgeting #fypage #viral
♬ Ayang – Nabila Maharani
Setiap orang mempunyai kaedah yang berbeza untuk menyimpan, jadi ikutlah kemampuan dan keselesaan masing-masing. Selamat menabung!