fbpx
Now Reading
Penting! Ini Teknik CPR Pada Bayi Yang Anda Semua Perlu Tahu [Video]

Penting! Ini Teknik CPR Pada Bayi Yang Anda Semua Perlu Tahu [Video]

Baru-baru ini, tular video seorang bayi yang lemas selepas kenderaan dinaikinya terhumban dalam takung air di sebelah lebuh raya LPT namun berdepan kesukaran mencari individu yang mahir membuat CPR.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui bantuan pernafasan seperti CPR atau Cardiopulmonary Resuscitation kebiasaannya diberikan kepada individu yang tidak boleh bernafas, lemas dan sebagainya.

Teknik ini digunakan untuk membantu mangsa mendapatkan bantuan oksigen sementara menunggu bantuan daripada hospital.

Walau bagaimanapun teknik ini mempunyai perbezaan mengikut umur. Ini kerana golongan dewasa, kanak-kanak dan bayi mempunyai struktur fisiologi serta tulang yang berbeza.

Sebagai contoh kanak-kanak dan bayi mempunyai struktur tulang lebih lembut dari orang dewasa. Justeru jika anda melakukan teknik CPR yang salah kepada bayi ia mungkin boleh menyebabkan berlaku kecederaan dalaman dan sebagainya.

Bukan hanya itu kanak-kanak dan bayi lebih fleksibel dan mempunyai saluran pernafasan yang lebih kecil serta lidah yang lebih panjang berbanding dengan saiz mulut mereka.

Ini menyebabkan ada yang takut untuk membuat CPR kepada bayi atau kanak-kanak contohnya sewaktu kecemasan.

Seperti baru-baru ini pula, tular video seorang bayi yang lemas selepas kenderaan dinaikinya terhumban dalam takung air di sebelah lebuh raya LPT namun berdepan kesukaran mencari individu yang mahir membuat CPR.

Oleh itu, pada artikel ini kami ingin menerangkan bagaimana cara untuk melakukan CPR kepada bayi.

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan:

#1 Bahaya

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah pastikan bayi berada pada persekitaran yang selamat.

  • Pakai sarung tangan jika ada.
  • Jauhi daripada berada di kawasan yang mempunyai tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik serta perkara lain yang boleh membahayakan kesihatan.

#2 Tindak balas

Foto: Pexels

Periksa keadaan bayi dalam masa 10 saat untuk melihat adakah ia memberi tindak balas dengan mengerakkan lengan atau menepuk tapak kaki bayi.

Bayi yang bertindak balas akan membuka mata, menangis, atau mengeluarkan bunyi atau bergerak.

Sekiranya bayi memberi respon anda perlu membuat pemeriksaan secara berkala namun jika tidak ia perlu diteruskan dengan langkah-langkah CPR.

#3 Minta bantuan

Sementara itu, anda perlu meminta pertolongan dengan menjerit “Tolong! Tolong! Hubungi 999!”

Namun sekiranya anda mempunyai individu bersama anda, minta mereka menghubungi 999 dengan segera untuk dapatkan bantuan.

Tetapi jika anda tidak ditemani sesiapa, anda boleh mulakan dengan CPR selama satu minit sebelum mendapatkan bantuan di talian 999.

#4 Saluran pernafasan

Cara-cara untuk memberikan pernafasan:

  • Baringkan bayi dan dongakkan kepala dan mengangkat dagu ia bertujuan untuk membuka saluran pernafasan mangsa.
  • Letakkan tangan pada dahi dan dongakkan kepala bayi.
  • Letakkan hujung jari di bawah dagu serta pastikan bayi berada dalam posisi neutral.
  • Jangan tekan pada bahagian lembut di bawah dagu kerana ia boleh menutup saluran pernafasan.

#5 Pernafasan

Buat pemeriksaan untuk pastikan bayi bernafas dalam tempoh 10 saat dengan menggunakan teknik ‘lihat, dengar dan rasa’.

Foto: Freepik

Dekatkan muka pada muka bayi sambil melihat ke arah dada.

  • Lihat pergerakan dada bayi.
  • Dengar bunyi pernafasan di hidung dan mulut mangsa.
  • Rasa hembusan udara pada pipi.

Sekiranya mangsa bernafas:

  • Letakkan mangsa dalam posisi pemulihan iaitu mengiring.
  • Dapatkan bantuan
  • Sentiasa berada bersama mangsa dan buat pemeriksaan pernafasan bayi secara berkala.

Namun sekiranya bayi tidak bernafas. Berikan lima kali bantuan pernafasan dan sentiasa bersama bayi untuk periksa sama ada pernafasan kekal normal secara berkala.

#6 Bantuan pernafasan kepada bayi

Foto: MOH

Berikut adalah cara untuk memberikan bantuan pernafasan kepada bayi:

  • Pastikan anda buka saluran pernafasan bayi dengan mendongakkan kepala, mengangkat dagunya dan letakkan tangan pada dahi.
  • Tarik nafas dan letakkan bibir anda menutupi mulut dan hidung mangsa sepenuhnya.
  • Hembus ke mulut dan hidung bayi selama satu saat.
  • Perhatikan keadaan dada bayi sama ada naik dengan hembusan diberikan atau tidak.
  • Pastikan bayi berada dalam keadaan neutral.
  • Ulang dan buat sebanyak lima kali.

#7 Peredaran darah

Lihat keadaan si comel sekiranya dia memberikan sebarang tindak balas seperti pegerakkan, batuk atau bernafas.

Sekiranya ia memberikan tanda-tanda masih hidup, teruskan memberi bantuan pernafasan sehingga dia boleh bernafas sendiri.

Letakkan mangsa pada keadaan pemulihan iaitu mengiring serta buat permeriksaan secara berkala.

Namun jika bayi tidak memberi sebarang respon atau tanda-tanda hidup mulakan tekan dada.

Foto: MOH

Cara untuk membuat tekan dada (sternum) pada bayi adalah:

  • Tekan menggunakan dua jari, iaitu jari telunjuk dan jari tengah.
  • Kedalaman sekitar 1/3 dada mangsa (lebih kurang 4 cm) dengan kelajuan 100 ke 120 kali seminit.
  • Pastikan dada kembali ‘recoil’ di antara setiap tekan dada.
  • Selepas 30 kali tekan dada, dongakkan kepala dan angkat dagu lalu berikan dua bantuan pernafasan.
  • Teruskan tekan dada dan bantuan pernafasan pada nisbah 30:2.
Foto: MOH

Anda boleh meneruskan CPR kecuali jika bayi tidak bertindak balas atau menunjukkan tanda masih hidup, bantuan perubatan telah tiba atau anda berasa keletihan.

#8 Posisi pemulihan

Foto: MOH

Sekiranya bayi sudah boleh bernafas namun belum sedarkan diri letakkannya dalam posisi pemulihan.

  • Letakkan secara mengiring untuk membolehkan sebarang cecair keluar dari mulut si manja.
  • Sendal bantal atau kain digulung di belakang bayi untuk mengekalkan posisi mengiring.
  • Pastikan si comel mempunyai ruang untuk bernafas.
  • Jika bantuan belum sampai, kekalkan kedudukan leher si comel dan dukung untuk membawanya ke hospital atau klinik dengan segera.

Rujuk video di bawah:

@dinokata

Cara melakukan CPR untuk Bayi. semoga dapat memberi manfaat kepada semua #dinokata #dinolisme #CPR #CPRBayi #bayi #baby #Firstaid #sharing

♬ original sound – DinoKata – DinoKata

Teknik bantuan CPR kepada kanak-kanak dan juga dewasa turut dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu laman di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.