fbpx
Now Reading
Sunway Healthcare Lancar E-Book Pertolongan Cemas Pediatrik Percuma, Persediaan Berdepan Kecemasan

Sunway Healthcare Lancar E-Book Pertolongan Cemas Pediatrik Percuma, Persediaan Berdepan Kecemasan

Menurut Dr Elayni, berdasarkan pengalamannya mendapati ibu bapa mengalami kesukaran dalam berdepan dengan kecederaan atau masalah kesihatan anak malah kebiasaannya mereka tidak pasti bila waktu tepat untuk dapatkan rawatan di hospital untuk anak-anak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malang sememangnya tidak berbau. Anda tidak mungkin mengetahu bilakah akan berlakunya sesuatu kemalangan atau situasi kecemasan seperti lemas, tercekik, cedera atau patah tulang dan banyak lagi.

Malah kejadian seperti ini tidak hanya boleh berlaku kepada golongan dewasa sebaliknya ia turut terjadi kepada kanak-kanak dan bayi. Apa yang lebih membimbangkan keadaan seperti ini akan membuatkan seseorang individu menjadi panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Justeru itu, setiap orang termasuklah kanak-kanak perlu mempelajari teknik pertolongan cemas agar dapat membantu indvidu lain jika berdepan dalam situasi kecemasan sebelum bantuan perubatan tiba.

Sunway Healthcare Group lancar E-Book bantu lebih ramai untuk tahu teknik pertolongan cemas

Susulan itu, Sunway Healthcare Group telah melancarkan E-Book Pertolongan Cemas Pediatrik menerusi Bengkel Pertolongan Cemas Kanak-kanak yang diadakan di Sunway Medical Centre pada hari ini (17 Februari).

Acara yang dilakukan oleh Sunway Healthcare Group ini adalah bertujuan untuk memperkenal ilmu serta langkah yang betul dalam memberikan pertolongan cemas selain turut menyertakan video yang boleh diakses dengan menggunakan kod QR.

Bukan hanya itu, dengan adanya bengkel ini secara tidak langsung menunjukkan betapa pentingnya pelan tindakan yang betul ketika berlakunya situasi kecemasan sementara menunggu bantuan perubatan tiba.

Turut lakukan demonstrasi bersama anak-anak dan ibu bapa cara beri pertolongan ceman secara praktikal

Bengkel tersebut turut dianjurkan dengan kerjasama dari Jabatan Kemalangan & Kecemasan (A&E) Kanak-Kanak Pusat Perubatan Sunway bersama Kelab Kanak-Kanak SunMed dan ia disertai lebih daripada 150 orang yang terdiri dari kalangan para ibu bapa dan juga anak.

Dalam acara ini sebanyak empat aktiviti telah dijalankan dan setiap di antaranya turut diketuai dengan doktor dari pusat perubatan Sunway yang membantu selain menunjukkan demonstrasi dalam memberi pertolongan cemas kepada golongan dewasa dan juga bayi.

Foto: Afifa/ BuzzKini

Antara aktiviti pertolongan cemas yang dilakukan adalah:

  • Langkah menyelamatkan individu tercekik
  • Cara dan ikatan anduh jika berlaku patah tulang
Foto: Afifa / BuzzKini
  • Cara memberikan Cardipulmonary Resuscitation (CPR)
Foto: Afifa / BuzzKini
  • DIY: Peti pertolongan cemas

Apa yang lebih menarik para peserta juga berpeluang untuk melakukan langkah-langkah tersebut secara praktikal bersama patung bayi atau dewasa yang disediakan. Ini secara tidak langsung dapat membantu anak-anak untuk lebih mendalami pemahaman mereka.

“Sunway Healthcare Group komited dalam memperkasakan peranan ibu bapa serta masyarakat dan bersama-sama berganding bahu untuk memastikan keselamatan termasuk kesejahteraan anak terjamin.

“Pusat Perubatan Sunway mempunyai A&E Kanak-kanak pertama negara di hospital swasta dan dengan pengiktirafan yang diterima baru-baru ini sebagai hospital terbaik untuk pediatrik di Malaysai dalam Newsweek Best Specialized Hospital Asia Pacific 2023.

“Pencapaian ini turut membuktikan komitmen kami dalam mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan pediatrik dan penglibatan komuniti,” ujar Ketua Pegawai Pusat Perubatan Sunway, Dr Seow Vei Ken.

Ramai ibu bapa berdepan kesukaran apabila berdepan dengan kecederaan atau masalah kesihatan anak

Sementara itu, Konsultan Perubatan Kecemasan dan Penolong Pengarah Perubatan di Pusat Perubatan Sunway, Dr Elayni Borhan berkata peningkatan insiden khususnya apabila hujung minggu atau cuti sekolah menjadi punca kepada kebimbangan yang semakin meningkat apabila berdepan dengan situasi kecemasan.

“Berdasarkan pengalaman saya, saya dapati ibu bapa mengalami pelbagai kesukaran apabila berdepan dengan kecederaan atau masalah kesihatan anak-anak mereka. Lazimnya, ramai tidak pasti tentang masa yang tepat untuk mendapatkan rawatan di hospital untuk anak-anak mereka.

“Selain itu, mereka mungkin kurang jelas tentang langkah awal yang perlu diambil sebelum hadir ke jabatan kecemasan kanak-kanak,” katanya.

Oleh itu, pelancaran E-Book tersebut bertujuan untuk menangani masalah jurang pengetahuan tentang pertolongan cemas selain turut memberikan langkah praktikal untuk penjagaan penting di rumah sehinggalah sampai ke hospital untuk mendapatkan bantuan.

“Maklumat ini dapat membantu ibu bapa mengenalpasti jenis kecemasan yang memerlukan perhatian dan bimbingan segera.”

Untuk mendapatkan E-Book yang telah dilancarkan oleh Sunway Healthcare Group ini, imbas kod QR di bawah:

Jika menghadapi masalah untuk membuat imbasan, KLIK LINK DI SINI.

Buat masa ini hanya naskah bahasa Inggeris yang tersedia namun akan datang dua lagi edisi akan turut diterbitkan iaitu dalam bahasa Melayu dan Cina.

Dalam E-Book ini anda juga boleh menonton video yang disediakan menerusi imbasan kod QR dan jangan lupa untuk kongsikan bersama anak-anak anda. Teknik ini sangat berguna dan penting untuk dipelajari oleh setiap lapisan umur.

Baca artikel berkaitan: Penting! Ini Teknik CPR Pada Bayi Yang Anda Semua Perlu Tahu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.