fbpx
Now Reading
Ini Cara Nak Tahu Tayar Baru Atau Lama, Elak Ditipu Penjual

Ini Cara Nak Tahu Tayar Baru Atau Lama, Elak Ditipu Penjual

Kebanyakan mangsa yang ditipu adalah kerana tidak tahu cara memeriksa dan membaca kod yang tertera pada tayar yang ingin dibeli.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah masuk tahun 2024, namun masih ada segelintir pengguna yang menjadi mangsa penipuan sesetengah penjual tayar kenderaan yang tidak bertanggungjawab.

Kebanyakan mangsa yang ditipu adalah kerana tidak tahu cara memeriksa dan mengenal pasti tarikh pembuatan sesuatu tayar tersebut antaranya dengan melihat pada kod yang tertera pada tayar yang ingin dibeli.

Susulan itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Zafran Mustafa telah berkongsi tips cara membaca kod dan tarikh pembuatan pada tayar kenderaan menerusi bebenang yang dimuat naiknya di laman X (Twitter).

Periksa kod tayar, ketahui kemampuannya

Setiap tayar kenderaan mempunyai kod yang tertera di bahagian tepi sebagai rujukan. Kod tersebut menunjukkan lebar, tinggi, radial, saiz rim, had maksimum beban dan tahap kelajuan yang dapat ditampung tayar terbabit.

Berikut merupakan contoh kod tayar yang diberikan, 205/55/R16 91V:
  • 205 = Lebar
  • 55 = Tinggi
  • R = Radial
  • 16 = Saiz/Rim
  • 91 = Had Maksimum Beban
  • H = Speed limit (210km/h)
Foto: X/zafranmustafa

Huruf yang terakhir itu merupakan kod tahap kelajuan maksimum yang mampu ditampung oleh tayar, untuk memudahkan anda memahaminya, kami kongsikan gambar jadual kod tersebut di bawah.

Foto: X/zafranmustafa

Mengetahui tahap kemampuan tayar semasa memandu amatlah penting bagi mengelak daripada berlaku sebarang kemalangan akibat tayar meletup dan sebagainya.

Periksa tarikh pembuatan tayar, elak beli tayar baru terlalu lama

Selain kod, tarikh pembuatan (manufacture) tayar juga penting. Ini kerana tayar yang terlalu lama meskipun masih baru tidak sesuai digunakan lagi kerana getahnya yang sudah keras.

“Tempoh penggunaan tayar adalah lima tahun maksimum dari tarikh tayar dikeluarkan. Tayar baharu yang berusia lebih daripada lima tahun masih boleh digunakan tetapi tayar boleh jadi keras sebab getah tayar dah ‘expired’.

“Kalau korang tukar tayar baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah tahun yang terkini (2022 dan ke atas),” katanya.

Berikut merupakan contoh tarikh pembuatan tayar yang diberikan iaitu ‘0820’:

Empat digit yang tertera di bahagian tepi tayar menandakan minggu ke berapa tayar tersebut dikeluarkan dan pada tahun bila.

Foto: X/zafranmustafa

Mengikut contoh tersebut, (08) menunjukkan tayar tersebut dikeluarkan pada minggu ke lapan pada tahun (20) 2020.

Mudah sahaja bukan cara memeriksa kod tayar dan tarikh pembuatannya? Semoga perkongsian ini berguna buat anda semua yang ingin menukar tayar yang baharu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.