fbpx
Now Reading
Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, aplikasi WhatsApp merupakan antara platform perhubungan yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.

Selain berfungsi sebagai medium penghantaran mesej, ia juga digunakan bagi tujuan panggilan video, penghantaran dokumen serta hebahan berita-berita terkini melalui saluran atau kumpulan khusus.

Namun, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan aplikasi ini bagi menyebarkan maklumat palsu.

Kerajaan Akan Perkenal Chatbot WhatsApp

Terbaharu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama platform Meta bakal memperkenalkan kemudahan chatbot dalam aplikasi WhatsApp.

Menurut beliau, chatbot itu diperkenalkan bagi tujuan mengekang penularan berita palsu.

Malah, perbincangan berkaitan perkara tersebut bersama Meta akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Perbincangan itu juga bertujuan untuk menyempurnakan fungsi chatbot tersebut yang dijangka akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

“Beri saya sedikit masa, saya percaya chatbot ini memang boleh digunakan. Cuma (sekarang), ada beberapa isu teknikal dan ini yang akan dibincangkan dengan pihak Meta,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Usaha Kerajaan Untuk Melawan Fitnah

Jelas Fahmi, chatbot yang bakal diperkenalkan ini dijangka akan memberi manfaat kepada semua dalam usaha untuk melawan fitnah dan berita palsu.

Walau bagaimanapun, buat masa ini ia hanya melibatkan penggunaan teks. Namun, fungsinya akan diperluas agar dapat menganalisis dokumen, foto dan video.

“Harapan saya nanti, semua yang menerima WhatsApp daripada ‘group’ surau, taman dan alumni sekolah.

“Kalau tak dapat sahkan, kita boleh ‘forward’ (hantar) kepada chatbot ini dan dapat pengesahan di situ.

“Masalah yang kita lihat banyak daripada fitnah atau bahan yang tidak benar serta berita palsu disebarkan malalui WhatsApp. Jadi ini salah satu cara yang kita ikhtiarkan,” jelasnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: WhatsApp Beta Sedang Uji Ciri Baru ‘Screen-Sharing’ Ketika Panggilan Video

Baca Artikel Berkaitan: MCMC Gesa Orang Ramai Tidak Muat Turun Aplikasi Malware, Pink WhatsApp

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.