Umum mengetahui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (14 Julai) telah mengadakan pertemuan melalui persidangan video bersama dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Elon Musk.
Pertemuan yang berlangsung dari jam 9.30 pagi selama kira-kira 25 minit itu turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Susulan dari persidangan tersebut, Anwar memaklumkan syarikat automotif tersebut akan membuka ibu pejabatnya di Selangor pada tahun ini.
Selain itu, mereka juga akan membuka Pusat Servis dan Pusat Pengalaman Tesla di sana.
“Saya mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga
kesediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia.
“Malaysia akan terus memperkasakan komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih
atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya pada tahun 2050. Malaysia mempunyai pelan
dan ekosistem komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri
tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik,” kata Anwar dalam satu kenyataan.
Selain itu Anwar dan Musk turut membincangkan tentang penyertaan syarikat pengangkutan angkasa lepas milik Musk, SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman.
Jelas Perdana Menteri, ia pastinya dapat meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan.
Sebagai info, laman Starlink sebelum ini ada memaparkan tarikh ketersediaan perkhidmatan satelit mereka di Malaysia pada tahun 2023. Namun menerusi satu kemaskini tarikh tersebut dituakr kepada “Q2 2023” (suku kedua 2023).
Laman tersebut bagaimanapun tidak menyertakan sebarang tarikh sebenar mengenai pelancaran servisnya di negara kita.
Tesla pula dilaporkan aka membuka sebuah ibu pejabat, Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia selepas MITI meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke Malaysia.
Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…
Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.
Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…
Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.
Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…
Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…