Memandu Tanpa Lesen, Dua Beradik Warga Asing Dicekup Cuba Rasuah Polis

Dua orang warga asing yang dipercayai adik-beradik ditahan setelah cuba memberi rasuah kepada pihak polis.

Warga asing itu dicekup selepas cuba memberi rasuah wang tunai sebanyak RM200 sebagai cubaan untuk melepaskan salah seorang daripada mereka yang ditahan polis.

Polis Tahan Kerana Tiada Lesen Memandu

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Supritendan Mohd. Haki Hasbullah, kejadian dipercayai berlaku apabila sepasukan anggota sedang menjalankan rondaan cegah jenayah.

Ketika melakukan rondaan tersebut, pihak polis telah menahan kereta Nissan Sentra yang dipandu oleh salah seorang warga asing itu di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Pasir kira-kira jam 6.40 petang.

Hasil penahanan tersebut mendapati terdapat dua lelaki dari etnik Rohingya dan salah seorang daripadanya yang merupakan pemandu kereta tidak mempunyai lesen memandu.

“Pemandu kereta terbabit yang tidak mempunyai lesen memandu kemudiannya cuba menyogok anggota polis dengan menghulurkan wang tunai sebanyak RM100 sebagai duit kopi,” kata beliau.

Ujar beliau, wang tunai sebanyak RM100 itu sebagai sogokan kepada pihak polis agar tiada tindakan dikenakan terhadap mereka atas kesalahan tersebut.

Beri Sogokan Sebagai Cubaan Minta Lepaskan Adik

Ekoran daripada kejadian itu, seorang daripada warga asing berkenaan ditahan. Penahanan ini menyebabkan seorang lagi lelaki warga asing telah hadir ke Balai Polis Bukit Panau pada jam 9.05 malam untuk bertanyakan mengenai status tangkapan adiknya.

Anggota polis yang bertugas memaklumkan bahawa siasatan lanjut masih dijalankan. Namun, lelaki itu cuba menghulurkan wang RM100 meminta polis melepas adiknya.

“Abang tak boleh tolongkah? Saya mahu bayar RM300 kalau abang lepas adik saya,” kata lelaki tersebut sambil menghulurkan wang RM100.

Akibat daripada cubaan memberi rasuah itu, dua beradik kini ditahan dan wang sogokan dirampas dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sebagai bukti serta tindakan lanjut.

Baca Artikel Berkaitan: Separuh Rakyat Malaysia Anggap Rasuah Perkara Normal – Tinjauan

Baca Artikel Berkaitan: Skor Indeks Persepsi Rasuah Terus Jatuh, Malaysia Kini Di Tangga Ke 62 Dunia

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

39 mins ago
  • Trending

“Antara 2 Darjat” – 2 Golongan Ini Mandi-manda Pada Waktu Sama Buat Ramai Tersentuh Hati [Video]

Video itu membuktikan bahawa kebahagiaan bukan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja, bahkan mereka…

2 hours ago
  • Trending

Blockout2024: Selepas Dibidas Awal Ashaari, Ini Respon Balas Wardina Safiyyah

Awal Ashaari sebelum ini membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan artis yang didakwa mempromosikan…

3 hours ago
  • Trending

“All Eyes On Rafah, Who’s That?” – Ning Baizura Teruk Dikecam, Didakwa Tak Cakna Isu Di Palestin [Video]

Ning Baizura mempersoalkan tentang perkara berkenaan selepas salah seorang pengikutnya memberi komen 'all eyes on…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

21 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

21 hours ago