Filem Vik2ria Secret Guna Dana Finas RM500 Ribu Tapi Hanya Raih Kutipan RM5k Undang Kritikan

Industri perfileman di negara ini tidak dinafikan sudah mempunyai banyak perubahan apabila banyak naskah berkualiti yang dihasilkan.

Malah hasil penulisan skrip yang baik serta penyuntingan cantik serta effect yang gempak sentiasa dapat memukau perhatian masyarakat untuk menonton filem tempatan apabila ia ditayangkan di pawagam.

Filem Vik2ria Secret didakwa dapat dana FINAS lebih setengah juta dikritik netizen

Walau bagaimanapun berbeza dengan sebuah filem dari terbitan Sheunik Sdn Bhd bertajuk Vik2ria Secret ini apabila ia mendapat rekasi kurang senang dikalangan para netizen.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh akaun Fakta Bukan Auta di Twitter, pengedali akaun itu menyoal bagaimanakah kriteria yang dimahukan Perbadananan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dalam membuat pemilihan filem.

Ini kerana filem Vik2ria Secret itu dilakatakan telah mendapat dana lebih daripada setengah juta namun ia tidak mendapat kutipan yang memberangsangkan ketika ditayangkan di pawagam sejak15 Jun lalu.

Hanya dapat tontonan seramai 346 orang

“Tahukah anda bila cerita tentang filem yang dapat dana FINAS, kita pun tak tahu atas kriteria apa FINAS buat pemilihan, sebagai contoh Vik2ria Secret.

“FINAS bagi dana setengah juta lebih, ya duit kerajaan RM550,000! Tapi kutipan filem ini cuma RM5,000 lebih kurang,” ciapnya.

Semakan kami di Finas turut mendapati filem arahan A.R Badul yang dilakonkan oleh Annie Ariffin, Man Rajak Lawak, Ropie, Fiza Halim dan ramai lagi itu sememangnya hanya ditonton oleh 346 penonton sahaja.

Malah jumlah kutipannya juga seperti apa yang didakwa iaitu RM5,058.90 menjadikannya salah satu filem dengan kutipan terendah bagi tahun 2023.

Difahamkan peruntukan dana tersebut disalurkan menerusi Dana Kandungan Digital.

Ramai kritik filem yang dapat dana setengah juta

Perkara itu secara tidak lansung telah mengundang perhatian netizen yang kemudian mengkritik filem berkenaan yang mendapat dana sebanyak setengah juta tersebut namun tidak memberikan sebarang pulangan.

Bukan hanya itu ada juga yang mengkritik poster filem berkenaan apabila ia turut mempamerkan pakaian dalam wanita iaitu coli berwarna pink pada poster tersebut selain menyatakan ia adalah promosi cara lama.

Ada juga yang menyatakan filem tersebut adalah tangkap muat dan yang penting ia siap untuk ditayangkan kepada umum dimana kualiti filem tidak menjadi keutamaan pihak terbabit.

“Kenapa ada coli warna pink letak dekat poster tu, aduhai..”

“Aku kalau jadi pelakon, walaupun pelakon tak laku. Nak berlakon pun selective juga la drama atau filem nak berlakon. Ni tengok poster pun macam zaman anak mami the movie je..”

“Banyak je penulisan tempatan yang elok boleh adaptasi jadi filem tapi produser tak reti pilih dan kerajaan banyak peraturan tak boleh itu ini..”

Tajuk asal Bra Merah sebelum ditukar Vik2ria Secret

Malah filem Vik2ria Secret itu pada awalnya bertajuk Bra Merah namun terpaksa ditukar kerana tidak bersesuaian.

“Idea untuk buat filem ini adalah datang dari kawan saya iaitu bekas Pengerusi FINAS.

“Namun apabila kami usulkan, pihak Finas nasihatkan bahawa judul ini kurang sopan jadi kami terpaksa tukar dan kami pilih Vik2toria Secret,” kata Penerbit filem Vik2ria Secret, Richard Ung dipetik Xtra.

Vik2ria Secret cerita hal dalam kain wanita

Pengarahnya, Badul turut memaklumkan bahawa filem itu merupakan cerita yang panas ‘daring’ kerana mengisahkan tentang rahsia wanita atau cerita ‘dalam kain’ namun penyampaiannya dilembutkan agar tidak dikecam.

“Setakat ini kalau mereka mahu kecam, ia cuma dalam peratusan yang sedikit saja. Kita tak berlebihan sangat kerana perkara tersebut telah diamati oleh pihak produser dan dah ditegur serta dikurangkan.

“Sebagai orang Islam ada perkara yang tidak boleh dilakukan. Kita kena ikut undang-undnag, agama dan cara tempatan,” jelasnya.

Dia turut mengakui terdapat beberapa babak yang terpaksa dipotong kerana ia tidak bersesuaian dengan penonton tempatan.

Finas enggan ulas lanjut, masih dalam tindakan

Finas bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu kutipan filem berkenaan.

“Buat masa ini Finas tiada apa-apa kenyataan mengenai perkara tersebut.

“Sedang dalam tindakan kami,” kata Pemangku Ketua Pengarah Finas, Rozita Waty Ridzuan dipetik dari Utusan.

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

13 mins ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

44 mins ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

2 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

4 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

4 hours ago
  • Trending

Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan 'blockout 2024' terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi…

5 hours ago