Wanita Di Jepun Buat 2,761 Panggilan Palsu Kerana Sunyi

Setiap orang pasti pernah mengalami rasa sunyi dalam kehidupan. Rasa kesunyian bersifat subjektif bagi setiap individu.

Ada individu yang berasa sunyi apabila tinggal seorang, ada juga yang walaupun dikelilingi ramai orang namun tetap berasa sunyi.

Lazimnya, bagi menghilangkan kesunyian, sesetengah orang pasti melakukan sesuatu yang disukai bagi menghiburkan diri.

Telefon Bomba Sebanyak 2,761 Kali

Begitulah yang terjadi dengan seorang wanita berusia 51 tahun di Jepun apabila membuat panggilan kecemasan palsu sebanyak 2,761 untuk menghilangkan rasa sunyi.

Wanita yang dikenali sebagai Niroko Hatagami ditahan kerana menganggu operasi pihak bomba tempatan dengan membuat panggilan palsu.

Dia yang berasal daripada Bandar Matsudo yang terletak di bahagian timur Tokyo telah ditahan polis pada Khamis lalu (13 Julai) akibat tindakannya itu.

Buat Panggilan Telefon Palsu Dibuat Sejak Tahun 2020

Menurut polis, wanita berkenaan membuat panggilan telefon palsu sejak bulan Ogos 2020 sehingga Mei 2023.

Dia mengakui bahawa panggilan kecemasan palsu yang dibuat dari rumah dan pelbagai lokasi itu hanya bertujuan untuk mengatasi kesunyian yang dihadapinya serta mahu bercakap dengan seseorang dan perlukan perhatian.

Malah, ketika panggilan dibuat, dia membuat aduan mengalami sakit perut, terlebih pengambilan ubat, sakit kaki dan pelbagai simptom lagi.

Berdasarkan laporan oleh Jabatan Bomba Matsudo, Hatagami pernah meminta pihak bomba menghantar ambulans ke rumahnya pada 15 Ogos 2020 dan 25 Mei yang lalu.

Namun, ketika ambulan sampai, dia menolak untuk dibawa ke hospital malah menafikan membuat panggilan tersebut.

Walaupun telah menerima amaran daripada Jabatan Bomba dan balai polis berhubung panggilan palsu yang dibuat, Hatagami tetap melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

Ini menyebabkan Jabatan Bomba Matsudo membuat laporan kepada pihak polis berhubung tindakannya pada 20 Jun lalu yang membawa kepada penahanan wanita berkenaan pada Khamis lepas.

Untuk info, kajian menunjukkan hampir 1.5 juta individu di Jepun mengalami kesunyian dan keadaan ini bertambah serius sejak penularan virus COVID-19.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

6 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

6 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

6 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

6 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

8 hours ago