Setiap yang bergelar ibu bapa pasti menyayangi anak mereka ‘bagai menatang minyak yang penuh’.
Malah apa sahaja keperluan mereka pasti akan cuba dipenuhi khususnya perkara yang melibatkan pendidikan dan kesihatan.
Walau di hujung dunia sekalipun mereka akan berusaha untuk mendapatkan penawar bagi kesakitan yang dialami oleh si anak.
Baru-baru ini, tular satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang ibu di Facebook yang meluahkan rasa kecewanya apabila mendakwa anak yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU) meninggal dunia disebabkan kecuaian doktor di sebuah klinik kesihatan di Pahang.
Menerusi hantaran itu, si ibu memaklumkan bahawa anaknya mengalami cirit-birit dan telah membuang air besar sebanyak 21 kali ketika dipantau di rumah.
Dia kemudian membawa anak lelakinya yang berusia dua tahun enam bulan ke klinik kesihatan pada 12 Julai untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Saya memberitahu anak saya mengalami cirit-biri sebanyak 21 kali dan pada ketika itu saya juga memberitahu doktor tersebut.
“Awalnya kuantiti najis yang dikeluarkan banyak dan semakin lama semakin sedikit. Saya juga turut maklumkan anak tidak aktif seperti kebiasaan. Doktor sedia maklum bahawa anak saya seorang OKU yang mempunyai masalah Global Developmental Delay (GDD).
“Doktor mesti tahu kalau budak macam ni kena jangkitan berapa teruk boleh jadi, tapi langsung tak alert, saya juga turut memberitahu doktor anak saya demam dan pada ketika itu doktor mengatakan anak saya tidak mengalami demam kerana suhu telah diambil di luar terlebih dahulu,” luahnya.
Dakwanya lagi doktor kemudian membuat pemeriksaan pada bahagian mulut, kulit dan juga perut sebelum memaklumkan bahawa anaknya tidak mengalami tanda-tanda dehidrasi dan menyatakan kanak-kanak itu okay selain turut memberi 3 paket air garam.
Apabila ditanya oleh si ibu adakah anaknya mengalami keracunan makanan doktor itu menjawab ‘ya, mungkin’. Dia kemudian mula berasa bimbang kerana keadaan mata anaknya kelihatan seperti tenggelam menampakkan tanda-tanda seperti kekeringan.
“Saya sedikit kecewa kerana saya mengharapkan refer ke hospital ataupun ambil darah tetapi ‘Tiada’ sebaik keluar daripada klinik, apabila di dalam kereta saya melihat kaki anak kemerehan berbintik sambil berfikir ‘takkanlah doktor tu tak nampak kaki anak aku’, mata pun cengkung ke dalam.”
Dia tidak berpuas hati dan kemudian membuat keputusan untuk ke klinik swasta di Bentong untuk mendapatkan rawatan dan pendapat kedua dari doktor yang lain.
Apabila sampai di sana dia kemudian menceritakan keadaan di alami oleh kanak-kanak berkenaan namun apabila doktor mengambil suhunya ia menunjukkan 40.1 darjah celsius dan doktor kemudian mengesan keadaan mata anak yang menunjukkan tanda dehidrasi.
Tanpa berlengah doktor kemudian menyarankan pemeriksaan darah dilakukan dan sebaik sahaja keputusan keluar dia terus memberikan surat rujukan agar kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital kerana bacaan darah putih yang terlalu tinggi dan keadaan si kecil yang tidak aktif.
“Dalam pukul 3 petang saya bawa anak saya ke kecemasan hospital dalam keadaan lembik dan tidak sedarkan diri. Hancur hati saya dok usung anak ke kecemasan dalam keadaan lembik macam sayur. Sebaik sahaja sampai anak saya ditidurkan dan keadaan sangat kritikal dalam badan air kering.
“Pada hari yang sama anak saya dihantar ke NICU hospital Termerloh,” ujarnya sambil memaklumkan dia kemudian ke klinik kesihatan berkenaan semula pada 14 Julai untuk mendapatkan penjelasan mengenai diagnosis yang dilakukan oleh doktor berkenaan terhadap anaknya.
Jelasnya, doktor itu mendakwa prosedur klinik kerajaan ketika kejadian tidak memerlukan darah untuk diambil (berdasarkan keadaan nadi, bacaan oksigen yang baik).
“Anak pertama saya terkena cirit-birit pada tahun 2017 bawa di klinik kerajaan berak kurang daripada 21 kali pun doktor klinik kesihatan di Bentong minta untuk ambil darah. Tak tahu pula prosedur sekarang dah lain.
“Kalau benarlah itu prosedur klinik kesihatan kerajaan sekarang saya sangat hampa! 21 kali tu mungkin tidak dipandang serius. Saya juga mempersoalkan keadaan mata anak saya ketika itu sudah tenggelam tetapi dia kata dia tak nampak dan asyik ulangi dan pegang anak saya sebanyak dua kali,” katanya.
Menurut si ibu dia seorang manusia yang tidak lepas daripada perasaan tidak puas hati, selain menyatakan kesilapannya adalah membawa anak ke tempat yang salah.
“Kesilapan terbesar saya adalah saya pergi je tempat yang salah setelah memikirkan klinik kesihatan itu yang paling hampir serta berharap darah diambil serta mendapatkan surat rujukan yang cepat jika perlu dimasukkan ke hospital, dan ini yang sangat saya kesalkan sehingga sekarang.”
Katanya, anak tercinta itu telah meninggal dunia pada 17 Julai (Isnin) jam 9.34 pagi.
Susulan daripada tularnya hantaran tersebut, pihak Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) memaklumkan akan menyiasat dan mengambil tindakan lanjut berhubung isu tersebut.
Pengarah JKNP Dr Nor Azimi Yunus menyatakan punca kematian kanak-kanak OKU GDD itu masih dalam siasatan, lapor FMT.
Tambah Anwar lagi, golongan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi ini adalah T20 dan…
Penerbangan Singapore Airlines SQ321 yang terbang dari London ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Bangkok.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…
Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…
Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…
Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…