Pagi tadi (18 Julai), Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhamad Sanusi Md. Nor telah ditahan polis ketika beliau berada di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3 pagi.
Hari ini juga, Sanusi telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang bagi menghadapi dua pertuduhan terhadapnya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sanusi Ditahan Polis Pukul 3 Pagi, Dihadapkan Ke Mahkamah Sesyen Selayang Pagi Ini [Video]
Sanusi Md Nor bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menghasut yang dipercayai dilakukannya dalam satu ceramah di negeri itu minggu lalu.
Bagi pertuduhan pertama, Sanusi mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan berhubung lantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu ceramah politik pada minggu lalu.
Pengakuan tidak bersalah itu dibuat oleh Sanusi selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.
“Faham, tidak (mengaku bersalah) Yang Arif,” kata Sanusi.
Bagi pertuduhan kedua pula, Sanusi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik yang sama minggu lalu.
Beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 1 selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Osma Affendi Mohd Shalleh.
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu didakwa melakukan dua kesalahan terbabit di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, Gombak pada 11 malam, 11 Julai lalu.
Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 manakalan pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Tertuduh juga dilarang membuat apa-apa komen sehingga kes tersebut selesai.
Kedua-dua mahkamah turut menetapkan masing-masing jaminan sebanyak RM5,000 terhadap Sanusi dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga menetapkan 4 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Kedah yang mempertikai serta melanggar larangan menyentuh isu 3R (agama, bangsa, institusi diraja) semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sanusi didakwa meremehkan pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor yang dianggap menghina Sultan Selangor.
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…